Alhamdulilah 2 kali interview baru lepas ~fuhh

Alhamdulilah, rezeki anak , buat kali ke2 pergi interview baru lepas
first dulu interview juga tapi interview untuk LI ke luar negara (australia)
tapi x dapat..baru berangan nak tengok panda dan kanggaroo..hehe
tapi itu x di kira interview kerja la..

yang kali pertama interview adalah JQAF,
tapi awal2 lagi dah tahu x dapat sebab masa tu pregnant 3 bulan,
sebenarnya tak sedih sangat x dapat jqaf ( sedih sikit la),heheh
sebab memang niat nak sambung belajar,
tapi pergi juga la,
nak cari pengalaman,

teringat pulak interview hari tu,
pelik juga dapat,
sebab jawab soalan medsi pakai hitam ja jawapan,
soalan tak tengok pun (nampak sangat malas kan) huhuh
maybe kekosongan untuk jqaf ni banyak
mungkin sebab tu ramai budak pendidikan x berpuas hati
diorang belajar pendidikan 4 tahun tapi x dapat psoting lagi
yang kami ni x belajar pendidikan tapi dapat jadi cikgu dengan mudah,
masa interview tu memang sangat seronok
mula2 dia suruh jawap soalan bertulis
ada bahasa arab dan jawi,
kebanykkan yang arab dia tanya NAHU..ngeeee..lama dah tinggal (hentam je la)
dan jawi dia suruh eja perkataan yang payah, cth komersial, konsert, profesional dan sebagainya..
dan lepas tu dia bahagi pada group,
setiap orang kne bercakap,
kat sini lah drg menilai, sapa yang boleh bercakap dan sapa yang paling tengelam
jangan risau, perbincangan dalam bahasa melayu..
dan y ke 3 individu,
sorang2 masuk, dan saya adalah peserta las..huhu
panel nye 2 orang aje,
dia suruh perkenal kan diri dalam bhs melayu,
dia suruh baca teks jawi terkini dan jawi lama,
dia suruh baca teks arab dan terjemah
dan dia suruh sambung ayat quran yang dia baca..haaaa part ni kantoiiii..huah2 sebab ingat dia bagi quran dan suruh baca, sekali dia tasmik!! yakk.memang gelabah laaa..
dan soalan yang di tanya adalah apa beza solat sembahyang lelaki dan perempuan?
dan panel yang sorang lagi dia tanya bagaiamana cara mengajar..
hehehe..jangan risau, semua dalam bahasa melayu..(^_^)
insyallah kebanyakkan kawan2 dapat.

untuk interview kali ke 2 ni,
sebenarnya bernasib baik,
sebab baru nak apply di E-iris usim
jawatan fello siswazah
tapi sehari selepas iklan tu keluar pihak usim telefon dan beritahu
u hadiri temuduga ni
alhamdulilah syukur sangat
sebab memang tertunggu2 pun jawatan ni
tapi yang buat rasa x boleh tido dan asyik termenung je
interview ni memang kene speaking english dan arabic
huhu..habissss laaaaaaaaa...
dah la setahun kot tinggal arab dan english
cuba tanya senior2 dan kawan2 yang dah berjaya
diorang bagi soalan bocorrr..heheh
dan kebanykkan nya bagitahu suruh prepare :

-perkenalkan diri dalam BI
-tajuk dan bidang untuk sambung master nanti (kalau boleh dah ada siap2 tajuk thesis..yoyo ooo je kan?) hehehe
-kenapa pilih jawatan ni.

dan waktu temuduga tu baby dalam perut genap 7 bulan, Alhamdulilah..hehe..pakai baju kurung mama sebab baju kurung sendiri semua dah x muat, nak pakai baju mengandung x besh la pulak..

waktu temuduga tu panel nye ada 6 orang
dan kami dia divide 3 kumpulan
setiap kumpulan ada 3 orang
dan saya sx lagi orang terakhir..huhu..Againnn..nasib la..
dan first sekali prof suruh perkenal kan diri dan kenapa mahukan jawatan ni (in english)
dalam otak ni duk wat ayattt..huhuu..nasib la orang las, boleh copy sikit2 ayat kawan..
kemudian dia tanya lagi kenapa awak pilih usim sedangkan banyak lagi universiti islam yang lain (soalan provok ni)  bantai je laaa..jawabbb..huhu..asal x diam
dan dekan tanya nak sambung bhgian apa?di unvesiti mana?dan adakah bersetuju kalau di hantar ke luar negara untuk sambung PHD..? (dalam arab pulak)

Alhamdulilah, doa mama dan semua, serta berkat solat dhuha, lepas beberapa minggu baru tahu jawapan temuduga nya,sebenarnya masih x sangka dapat..rasa takut pulak nak sambung master ni, macam x yakin mana..hehehe..insyallah bakal sambung di UM bahagian hadis, doakan kejayaan saya ye..(^_^)

p/s terima kasih anak ibu sebab beri kerjasama dan beri ketenangan pada ibu time dalam bilik temuduga...


Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~