jaga hubungan ketika berkawan



rasa macam tak layak nak menulis tentang hal ni..namun kita manusia, tak lari dari membuat kesilapan, bertaubat selagi masih belum terlambat..insyallah pasti Allah menerimanya..

sekadar mahu berkongsi cerita tentang bagaimana hebat nya suami menjaga hubungan ketika sebelum berkahwin.. dia akui kami bukan lah dari geng2 usrah di universiti apatah lagi pimpinan mahasiswa, namun berbekal kan ilmu agama yang sedikit alhamdulilah keberkatan perkahwinan masih terasa sehingga sekarang, semua juga atas doa tidak putus2 dari sahabat2 yang mendoakan..(semoga doa itu tidak putus2)

"tiada Kata I LOve U, SaYang, rINdu"

4 tahun berkawan , alhamdulilah kata2 dia atas tidak di sebut sepanjang perbualan kami, memang terlalu perit untuk di tahan, melihat roomate dan sahabat handai bebas mengucap siap ada muah2 lagi..hati remaja mana yang tidak ingin di cinta dan di sayang, namun semua itu di tahan..kerana bagi ku dan suami , itu adalah "kata KERAMAT"  dan hanya yang halal sahaja boleh mendengar nya..bagi ku, kata2 itu sungguh mahal dan indah untuk di ucap..Alhamdulilah pada malam pertama aku mengucap dengan penuh rasa syukur kepada dia ( en suami).

"JUmpa Lah Ibu dan BApa saya Kalau betul2 sudah TekaD"

itu lah kata2 saya kepada dia, yang melamar secara "kinayah" saya tahu dan tidak mahu dia melafaz kan nya, cuma kami faham2 sendiri apabila masing2 merasa sesuatu yang ganjil dalam hati.apabila masing2 tidak mampu melihat diri masing2 lama2 seperti saya melihat kawan lelaki yang lain, dan sewaktu tahun 2 dia membuktikan keikhlasan nya, dia berjumpa dengan ibu bapa saya, saya memuji tindakkan nya berani berjumpa dengan ibu bapa saya, malahan seluruh saudara mara saya..dengan dengan datang seorang diri..memohon izin dan restu dan arwah abah dan mama untuk jadi kan isteri..

"raHsia Kan DahuLU"

kerana kami satu kelas dan memang tidak lepas dari berhubung samada untuk membuat assigment dan sebagainya..jadi kami sudah tiadak merasa berdebar setiap kali berjumpa, atau terserampak, rasa seperti berjumpa dengan classmate lelaki yang lain..Alhamdulilah Allah jaga hati kami untuk   melakukan maksiat..namun kadang2 perihal kami dapat juga di hidu oleh kawan2, maaf buat kawan2, bukan kami tidak mahu memberitahu, namun banyak perkara yang perlu di pertimbangkan, dan kami tahu, banyak yang lebih buruk dari baik andai hal ini tersebar 

  • risau kawan2 perempuan yang lain tidak selesa untuk membuat kerja atau assigment berkumpulan dengan en suami, kerana takut2 kecemburuan diri ini..sedang kan diri ini tidak kisah sebenarnya..
  • risau tidak jadi..dan banyak yang sudah menjadi teladan, kawan2 yang bercinta dan menghebahkan, akhirnya tidak jadi, dan ini menjadi buah mulut kawn2..
  • sedang pertunangan jangan di hebahkan ini pula hubungan yang belum pasti.


dan Allhmduliah, pada semester terakhir kami bertunang, dengan lafaz Bismillah dari mulut ibu mertua, aku haram di khitbah untuk yang lain nya..majlis yang sangat serdehana..yang di buat dalam masa 2 minggu sahaja..pertunangan juga tidak dihebahkan, hanya bagitau sahabat2 yang terdekat..

"janGan Di senTuh seSuatu YaNg BeLUm Halal bagIMU.."

Alhamdulilah, perkara ini lah yang di pelihara, yang di jaga sebaiknya..jangan bersentuh selagi belum halal..jauhi la perkara ini sedaya upaya..walau syaitan mengoda..kerana lelaki yang baik dan beriman PASTI tidak akan sentuh wanita yang haram di sentuhi nya, kerana dia lebih takutkan azab Allah.jauhilah dari kerap berjumpa dan berdua-duaan, berchating dan berSMS perkara2 yang menaikkan syahwat dan sebagainya..


teringat kata2 arwah ayah yang membuat saya gerun untuk melakukan perkara2 yang di haramkan, abah pesan " kalau dah sebelum kawen dah pandai pegang2, sentuh2, peluk2 nanti tengok anak sendiri akan datang, lagi teruk pada kita buat sekarang" dan ingat abah boleh kenal bau peluh orang yang dah pernah kene peluk dengan laki yang bukan halal untuk dia".. (tapi x sempat pulak nak tuntut ilmu tu) " hehehe..ini sekadar perkongsian biasa, mungkin kalian lebih hebat menjaga hubungan ketika sebelum berkahwin..alhamdulilah, subhanllah..semoga kita semua sentiasa berusaha untuk menjauhi zina hati dan zina fizikal..




Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~