Klinik Kesihatan Ibu dan Anak selalu tidak memuaskan ??




Alhamdulilah dah masuk 33 minggu ni, dan 3 kali berpindah ke KK ibu dan anak, rasa KK labok machang Kelantan adalah yang paling baik, yang pertama dulu di Kuala Lipis, yang kedua di Tanah Merah dan yang ni yang terakhir, dan lepas ni kene balik semula ke kuala lipis.
Berpindah2 kan? Sebab suami dapat kerja di UITM machang, tu yang bertukar2, jadi dapat merasa ketiga2 service tiga2 buah klinik. Banyak juga dengar komen, tentang masalah service dan layanan nurse2 di KK ni, lewat lah, marah2, dan sebagainya..dan penulisan ini bukan untuk membeza2 kan Cuma mahu menghargai layanan nurse di labok machang, Kelantan ..memang TIP TOPP.!

Setiap kali tiba hari nak cek, malam tu mesti tak sabar nak pergi..kadang ada orang rasa aaduuuhhh malas nya nak menghadap muka nurse tu kan? Tapi tidak saya..hehehe..memang sangat excited..!

Cara penyusunan yang sangat sistematik :

Biasa nya nurse akan bagi tarikh dan masa untuk appointment yang akan datang, dan dia akan tanya nak datang pukul berapa, jadi kalau kita kata mahu pukul 8.00- 9.oo pagi, harus lah datang pukul 8.00-9.00 pagi dan letak buku merah kita di dalam kotak yang bertag pukul 8.00-9.00pg, andai kata appointment kita pukul 9.00-10.00 pagi, tapi kita datang awal pada jam yang di tetapkan, dia tidak akan layan..dan semua ini di beritahu  awal2 supaya tidak berlaku salah faham. Jadi tidak akan berlaku lewat atau menunggu terlalu lama di kaunter pendaftaran seperti yang berlaku di KK sebelum2 ini.sebab masing2 sudah di tetapkan masa nya.

Senyum dan suka berkongsi maklumat :

Teringat pada awal mengandung dahulu dan baru bertukar ke klinik baru, nurse selalu angap kita sudah tahu step nya dan tidak memberitahu, sedang kita tidak tahu, lepas amek sample kencing nak buat apa, mana makmal patologi dan sebagainya..bila beritahu apa yang harus di buat selepas ini, mereka marah2 dan mengangap kita ini x reti2..!memang marah lah kan? Sebab kita sudah lah frist time mengandung dan pertama kali datang. Tapi sabar je laa..huhu..(T_T)..berlainan dengan klinik di labok, tak kira lah dah nak masuk 33 minggu ni, selalu ulang ayat yang sama, ok adik pergi tandas, dan cek HB ye..lepas tu so on2, walau pun kita dah tahu, tetapi benda tu membuat kan kita rasa seronok dan di hargai.



Dan satu lagi yang bagusnya klinik di sini,nurse2 nya sangat baik, peramah dan kelakar, mula2 ingat nurse2 di Kelantan ni bekeng..hehe..rupa2 nya baik sangatt..! teringat waktu cek di kK lain, pelik dengan HB yang semakin turun, rupanya maklumat tidak sampai. Nurse tidak beritahu cara yang betul untuk makan vitamin yang di bekalkan, vitamin tu perlu di makan dalam keadaaan perut kosong dan untuk lebih berkesan makan dengan jus.patut la makan vitamin banyak pun HB x naik2.. (*_*) selepas di beritahu oleh nurse di sini, baru tahu kesilapan tu..huhu..tq nurse..!

Bila nak berpindah ke KK lipis ni, rasa sedih pula nak tinggal kan mereka..semoga service di KK lipis juga baik seperti KK di labok, Kelantan..amenn..semoga mereka sentiasa di rahmati Allah ..insyallah.


Comments

Anonymous said…
minta mohon untuk print dan pamerkan di klinik kesihatan
-staff KK

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

berurut selepas bersalin ~

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir