keraNa cinTa yang Satu..KamI beRsatu~

pasport dah buat..
tiket ke syria pun dah book..
sijil sudah di translate..
kedutaan syria juga sudah kami(saya dan suami) pergi..
2 minggu lepas tu..
tiba2 kami di kejutkan dengan berita demostrasi di mesir..

terduduk dan terus bersangka baik pada Allah..
harap tidak berjangkit ke syria..
4 tahun menyulam impian dan cita2..
duit di simpan dari awal belajar di universiti..
semata2 atas harapan boleh menjejakkan kaki di bumi anbiak..

syria atau dulu di kenali dengan nama syam..
memang antara negara yang paling sesuai untuk belajar bahasa arab..
kat situ pun ramai ulama2 macam said ramadhan al buti..
teringin bertemu dengan ulama besar dan berguru dengan beliau..
kita hidup sezaman dengan beliau tetapi rugi andai tiada usaha untuk berjumpa..
bertalaqii alquran dan memperbaiki bahasa arab memang menjadi matlamat untuk ke sana..
tempat belajar dan rumah sewa juga sudah di tempah..
boleh kata 90% sudah setel..
namun kita hanya merancang dan Allah lah sebaik2 perancang..
pasti ada hikmah di sebalik nya..! pasti, insyallah.

tiket bertarikh 4 jun 2011..
ke damsyik..harga pergi balik..dalam rm3000 seorang..
sampai sekarang masih tersimpan..
kalau x pergi, memang akan hangus macam tu saje..
nak dapat half price mmg x kan dapat..
lagi2 dalam keadaan timur tengah yang sekarang tengah bergolak..
pasti ramai orang x nak ke sana..
mama dan adik beradik sudah memujuk supaya lupakan hasrat untuk ke sana..

timur tengah terus bergolak..
berjangkit ke jordan, yaman..
yang tinggal hanya syria..
masih belum bergolak..
2 minggu sebelum bertolak..

syria mula bergolak..
kami di beritahu oleh persatuan pelajar malaysia syria
untuk menangguhkan hajat untuk ke sana..
kerana mereka akan pulang ke malaysia..
kerajaan malaysia juga tidak membenarkan mana2 pihak untuk ke syria..
rasa gelap jap dunia..
sedih nya rasa..
tapi kami terus bersangka baik dan redha..

sampai sekarang keadaan syria makin teruk..atas perang saudara dan rampasan kuasa..namun doakan supaya umat islam sentiasa di rahmati Allah..

* hajat ke syria insyallah akan kami jejaki..kalau bukan 2 tahun ni, mungkin 3 4 tahun lagi, insyallah..doakan.^^


Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

berurut selepas bersalin ~

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir