MaLunya Mengaji Depan dia~

perkara yang sampai sekarang masih x boleh lupa
adalah solat berjemaah bersama suami..
selepas habis kenduri kami solat bersama..
jadi sementara tunggu isyak suami ada bagi sikit amanat (macam tazkirah)
dia cakap "et (masa tu x biasa panggil abang lagi) harap yan sokong setiap apa yang et lakukkan.."

indahnya solat bersama..
masa tu suami belum tengok aurat isterinya lagi..hehehe
salin baju kat bilik air (maluuu sanggattt..) dia pun sama
bila lambat turun dari bilik (bilik kat atas) sedara para pakat mengusik..
padahal tunggu isyak, malas nak tangguh2..apaaa daaa..(T_T)


keesokkan selepas subuh..
suami kata teringin nak dengar saya mengaji..huaaaahhhh...(part ni segan malu tahap muka x leh keluar dari telekung)
walaupun sekolah agama..dan amek STAm siap dapat mumtaz untuk subjek hifz al-quran..
tapi tetap rasa berdebar dan x confident untuk baca depan dia..
yelaaaa..dia hafiz al-quran, memang jauh nak di bandingkan dengan saya ni..

bila mula2 baca tu..ehemm2..hehe..suara comfirm dah x sedap..
baca auzubillah pun dah kene tegurrr..adusshhh teruk nyaaa..(T____T)
dan baca lagi..dan lagi..
setiap ayat semua ada salah..rasa macam putus asa dan x mau baca dah..
terukkk nyaaa bacaan diri ini..
harap sekolah agama kan?huhu..x pela nasib ada suami yang tegur..
dan dia ada kata kesalahan bukan dari segi tajwid, cuma makhraj huruff x betull
boleh pulak dia detect makhrajj huruf time baca tuu..

dan sekarang salu baca time dia x da..atau suami dalam bilik air..
kadang baca quran time dia surf internet..ingatkan dia x dengar kita baca..
sekali kene jugoopppp..uwawawawa..
kadang baca perlahan jaaa..mesti suami cakap..baca lah kuat sikittt..abang nak dengarrr...errrr..hehehe kantoiii padahall takut kene tegur..

Alhamdulilah sekarang ni ok sikit laa..
tapi still banyak kene tegur..
pelik juga bila mengaji dengan ustazah x da pula kene tegur
tapi dengan suami banyak sangat kene tegur..
mungkin suami lebih teliti dalam qiraat..

* teringat cerita suami, dia di besarkan dalam keluarga yang memang mengajar orang mengaji, dan sejak kecik g dia dah jadi ustaz kecik ajar kawan2 mengaji, mak ayah pula memang ajar orang mengaji sampai sekarang, ayah pernah test abg ipar untuk mengaji, dan suami pernah takutkan saya dulu kata nanti yan pun mesti kene test mengaji..hehehehe..( tapi x kene pun) 

- bila balik kampung dan tengok mak mentua ajar kawan2 nya mengaji, cara dia sama macam suami ajar saya menagaji..^^  like mother like son, Alhamdulilah punya suami yang tahu mengaji..






Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~