mana lebih terkesan. didikan mak ayah atau guru..??


maaf n3 ini agak skema..=)

secara jujur dan ikhlas,
saya menemui 'didikan' dari seorang guru bermula di dalam sebuah keluarga
mengajar dan mendidik itu pasti berbeza..

bukan hendak menyalahkan guru zaman sekarang..
namun kurangnya guru yang datang ke sekolah atas pakej lengkap mengajar dan mendidik
ada sesetengah  mereka berkejar2 mahu habis kan silibus mata pelajaran..
pernah kah anda melihat guru mengajar ala2 profesor?
yang hanya duduk dan membaca buku di meja?
yang kadang mengantuukk mendengar hafalan kita?
sehingga lupa meniup kan roh2 semangat dalam jiwa anak murid..
maaf jika saya tersilap..

saya juga pernah menjadi pendidik..
merasa debaran berada di hadapan murid yang lebih moden dan seribu satu karenah
kadang2 membuat kita rasa ..YA Allah janggan la kau buat aku mudah terasa..takut2 ilmu y di sampaikan tidak berkat dan lekat pada hati dan minda pelajar..

bila di bezakan didikan di rumah dan sekolah..
sebenarnya saya lebih banyak mengingati perkara positif y  berlaku di rumah.
dan negatif yang berlaku di sekolah..

cara didikan mama dan abah, kakak :

dari sekecil umur 4 tahun kami adik beradik di hantar mengaji..
sekecil umur 6 tahun di ajar kakak mengemas rumah, melipat kain, memasak nasi,..
dan setiap malam sebelum tidur saya pasti di ajar menghafal surah2 lazim dengan mengikut kalam mama..walaupun mama sibuk berkerja dia selalu latih saya mengeja dan membaca mengunakan akhbar, hadiah kami adik beradik tiap2 tahun adalah buku, sampai sekarang saya suka buku..!
walaupun saya adalah anak bongsu perempuan namun mama tidak pernah tidak adil dalam membentuk pendidikan anaknya..

kadang2 ada setengah ibu kurang keadilan dalam membentuk pribadi dan perkembangan anak2..anak yang sulung di jaga permakanan dan kepintaran nya, namun bila sudah masuk anak yang ke 4 , 5 sudah x berdaya dan semangat.. dari sekecil umur 6 tahun kami adik beradik di suruh berani untuk berada di atas pentas, dan berucap..pernah satu ketika di jamuan makan malam pejabat, arwah ayah mengirim kakak untuk mewakil kan dirinya bercakap di hadapan..dan ibu menyuruh kami adik beradik membuat persembahan di hadapan lebih 1000 tetamu..

dan apabila kerap kali  di lakukkan, secara tidak langsung sifat kepimpinan dan berani ke hadapan itu sudah  terdidik dari kecil..bila mama dan abah sibuk bekerja, kami adik beradik yang akan membayar bil kereta, bil api air dan sebagainya..dalam keadaan kementot untuk mencapai kauter..^^.mama ajar kami berdikari seperti dia..pribadi kakak sangat mempengaruhi kehidupan..pernah dan kerap di marahi, punyai Along yang sangat tegas..

teringat waktu kecil dahulu,punya malas nak menyapu, sampai simpan sampah belakang pintu..dan akhir kantoi juga..setiap kali cuti along punya kuasa untuk mengagih tempat y perlu di kemas, along kemas ruang tamu, angah kemas bilik tidur, saya dan k.de akan kemas dapor, kerana kami kecik lagi..jadi kene berdua..itu pun bergadohh..hehehe..selepas habis mengemas along akan cek satu persatu..masa tu takut nya seperti komander mmeriksa barisan..!tanpa didikan along pasti kami tidak pandai urus rumah tangga..!
berlajar berani untuk berkata2 dan mengeluarkan pendapat dari angah dan k.de.!biar pun dari sudut yang berbeza..! along angah dan k.de pendidik yang baik, penasihat dan pendengar yang setia..selalu terasa kehilangan setiap kali sorang2 daripada kami berkahwin..rindu saat itu.

masa ni semua belum kawen lagii..sekarang y hujung tunngu masa un kwen..heheh


pernah sekali angah menangis melihat saya boleh menguruskan hal di kaunter universiti seorang diri, dia begitu risau andai saya tidak pandai berdikari, di pintas orang ketika beratur, pegawai tidak layan kalau saya hendak bertanya..mungkin saya agak 'lembik' berbanding y lain..namun bila kerap berada dengan angah dan k.de, sya menjadi orang y berani, berani untuk bercakap dengan mana2 orang biarpun dalam bahasa inggeris..! sungguh saya bertuah punyai family yang sangat harmoni..alhamdulilah.!


guru perlu mendidik bukan sekadar mengajar..

betull..bukan senang hendak berjumpa guru yang mendidik..
mungkin 5 tahun pertama kita masih bersemangat..selepas itu?harap tidak lesu..
mungkin bebanan guru sekarang yang semakin banyak..
membuat mereka hilang semangat untuk mendidik..
kadang bebanan kerja yang tidak sepatutnya mereka lakukan..
mereka lah guru mereka lah kerani..menaip surat dan sebagainya..
sehingga tergangu proses pembelajaran..
mereka la tukang kebun, mereka lah pengawal..
semuanya untuk memenuhi piawaian sekolah dan pihak atasan..

andai ibu bapa suka kan anak mereka menjadi guru atas tiket mudah cuti..
guru jadual nya penuh sabtu dan ahad..

saya teringat sewaktu di sekolah menengah..
sekolah agama..punyai guru yang hatinya tidak pernah putus asa mengingat atas jalan dakwah
biarpun kini saya sudah jadi rakan sejawatnya..berada di sebelah meja nya..
didikan guru buat  bekalan sebelum masuk ke alam universiti..
teringat akan warden yang setiap kepala dan badan pelajar pasti pernah merasa picit dan belaiannya..
didikan nya yang sentiasa di ingati..
cara yang penuh berhikmah dan 'remaja' biarpun dia sudah seusia mama..
saya pasti masih ada guru sebaik ini..
y niatnya bukan sahaja mengajar, bahkan mendidik..

mendengar keluhan rakan2 dan larangan mereka tentang jangan terjun bidang pendidikan
membuat saya gerun dan takut akan hari2 yang mendatang
bagaimana anak saya akan di ajar..??
adakah anak saya akan temui guru yang mendidik..atau sekadar mengajar..

p/s :buat rakan2 yang menjadi guru, tahniah, anda adalah orang y mulia..mendidik lah dengan ikhlas..
bukan kerana ingin menjadi kesayangan pelajar, tetapi ingin menjadi kesayangan Allah dan rasul..
biar nama kita tidak di sebut2 di sekolah tapi bergema di arash Allah akan keikhlasan kita dalam mendidk dan mengajar..


Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~