RAsa Dah X Larat SanGat ~





Alhamdulilah urursan untuk biasiswa sambung master dah settel..
mungkin ini hikmah dhuha..
dari medical chec up..
t.tangan di hadapan majestrit
dan urusan di usim..
semunya mudah..
sebab risau juga dengar cerita dari  kawan2 lama juga urusan tu, dalam 3 hari baru siap..

dah masuk 35 minggu ni..
memang sangat x larat..
baby sekarang suka mengeras..
dan bila mengeras memang x boleh nak gerak..
perjalanan dari lipis- s.alam perak peneng.kedah pula memang makan masa yang panjang..

dan yang paling x larat
pagi jumaat ni tetiba kene keracunan makanan..
muntah, cirit birit dan perut memulas..
x tahu la apa yang silap makan
dr kata orang y keracunan makanan akan kene salah satu dari 3 perkara..
cirit birit shj..
muntah sahaja..
dan  memulas..
saya  kene semua memang lembik laa..huhu
nasib baik suami ada..
dia yang tolong iron baju dan buatkan bf sebelum bertolak ke USIM untuk lapor diri..

mula2 dia terkejut bila saya suruh dia je lapor diri untuk saya..
ayattt x leh blah btul kan?ade suruh dia..memang x larat sangat la tuu..
jadi pergi USIM dengan muka x berbedak dan sangat pucat..
bila muntah lagi hanya ini je yang mampu berdoa dalam hati..
"YA Allah keluarkan lah benda yang memudaratkan perut ini"
suami juga ada buat air jampi ( hehe..air yang dia baca2 ayat quran)
Alhamdulilah lepas muntah kan semua baru ok sikit

baby?
Alhamdulilah baby masih gerak lepas teruk muntah dan cirit birit..
jadi x pergi ke klinik..
pergi klinik pun dia bagi air garam..
sebab sebelum ni dah pernah  kene keracunan makanan
tapi tu sebab makan tempoyakk..
 dan bila jumpa kakak..kakak kata perut dah makin besar sangat..
dan semakin trurun..
terkejut bila dia cakap cam tu..
dah makin turun..makna nya nak dekat dah ye berrsalin..
huhuhu..
harap2 baby lahir cukup bulan la yee..

bila muka pucat dan melapor diri di Usim..
memang diarang pun x sanggup nak biarkan saya lama menunggu..
macam faham2 je yang diri ni dah x larat sangat..
Alhamdulilah mudah je urusan nye

dan pada hari ke3 iaitu hari ahad saya still berulang alik ke tandas..
malam2 bangun 1 am, 2.30 pgi, 3,45 pagi 4.30 pagi..untuk ke tandas..
dan pagi ahad terus ke klinik..
takut ade bagi kesan pada bby..

Alhamdulilah bby x da pe2..
still ok..
kata2 suami selalu buat saya terfikir :

sayang perasan x, dari awal untuk dapatkan biasiswa, pengurusan, medical chec up, minta t.tgn di hadapan majestrit berjumpa dekan, dan akhir sekali lapor diri..semua Allah mudahkan, x kan Allah nak uji hamba dia dengan sedikit kesakitan (cirit birit) ini sayang nak mengeluh dan putus asa..

p/s : kadang2 ubat rohani ini lebih berkesan dari ubat klinik2 yang ada, sebab setiap penyakit itu datang dari minda dan hati =)

Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

berurut selepas bersalin ~

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir