selamat pengantin baru sayang..~

20 mei 2011,
8.56 mlm..
aku sah sebagai isteri kepada mohd zahir bin abdul rahman..


abang..
tiada perkara yang lebih indah selain menjadi sayap kiri di sisi mu..
sedang masih ramai hafizah al quran layak menjadi pedamping mu..
dan masih ramai yang bertudung labuh menanti pinangan mu..
abang masih memilih diri ku..
terima kasih..sungguh aku bertuah memiliki mu..

abang..
tiada apa yang paling indah selain engkau lah orang yang pertama menyentuh tanggan ku..
sesungguhnya aku menjaga setiap inci diri ku untuk insan yang halal sepertimu..
walaupun sudah setahun kita bersama..
aku tidak jemu berpimpin tanggan denganmu..
mungkin kita tidak pernah bersentuh dahulu..
terima kasih atas kenangan cinta terpelihara itu..

abang sayang..
sudah setahun kita melayar bahtaera..
rasa baru semalam air mata bergenang saat lafaz sakinah di baca..
segala sukar dan duka kita lalui atas dasar taqwa..
tiada apa yang sayang pinta selain doa dan redha..
semoga sayanglah ketua bidadari di syurga..

suami ku sayang..
terima kasih atas benih ksih suci..
benih yang kita semai dengan zikir yang murni..
dari hunbungan halal yang tidak di cemari..
semoga kelahiran ini adalah hadiah anniversary dan hari jadi..(11 JUN )

selamat ulang tahun perkahwinan abang..sayang minta maaf ,
tiada apa yang di minta kecuali redha abang.. cinta sayang pada abang kerana Allah..

maaf n3 agak jiwang..^^


Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~