SuaMI PakaR PermakaNan Saya..~

sejak mengandung lagi..orang paling excited adalah encik suami..hehe
mesti lah seronok kan..
sampai sekarang masih x percaya diri dia tu dah kawen..
pe tah lagi nak jadi ayah..

Alhamdulilah suami ni memang jenis yang agak menjaga
bab permakanan, bukan agak..tapi sangattttt...
mungkin dia di besarkan dari family yang macam tu..
sejak kahwin, saya belajar untuk melihat label makanan yang di beli..
kadang kita pakai beli je kan?
tapi encik suami ni, selagi x da logo halal dan bukan di buat dari orang melayu
memang dia x akan beli..
ajinamoto jangan nak mimpi ada di rumah..(hehehe)

dan sejak mengandung ni saya serahkan permakanan saya dan anak pada dia..
biar suami yang tentukkan..
kadang agak terkejut..suami sanggup mencari info2 di internet makanan2 yang boleh di makan dan tidak boleh di makan ketika hamil..
kadang dia lagi prihatin dari kita ni..huahhh2..ye la sedap x sedap kita yang telan kan?

susu :
dari awal mengandung dia dah beli berkotak2 susu kambing..
dia memang x bagi susu2 ibu mengandung yang ada jual kat pasaran..
dia kata, kita cuba cara PERMAKANAN RASULLAH/ PARA ULAMA'
saya akur..x kisah pun..hehehe..tapi memang jenis x minum susu..siap kene paksa
dan buat drama king lagi..setiap kali suami tanya da minum susu belum..
mula la buat2 tukar tajuk lenn..hehehe..(nak muntah minum susu) memang x boleh telan..

sungguh tidak boleh telan susu tepung..tengok gambar kambing tu pun da nak muntah..(^_^)


makanan tambahan:
kurma dan kekacang, selalu nya pagi2 akan amek kurma dan minum dengan susu kambing..
kira loya tekak minum susu kambing tu boleh hilang dengan makan kurma..
nurse di hospital pun benarkan minum susu kambing..
dan dia pun akui anak dia yang dia megandung sebab minum susu kambing
lain dari anak yang lain2,
lebih petah dan cerdik..
harap2 baby ni pun cam tu la yee..

       
jus tok guru saya amek perisa anggur


jus delima :
saya ni memang jenis malas makan ubat/vitamin
dan memang x boleh telan susu..
jadi masa pertengahan pregnant tu HB turun..
sampai kene jumpa pakar..
dr suruh banyakkan makan hati ayam, kerang dan sayur hijau..
mula2 suami macam x setuju..
sebab dia tahu islam x berapa mengalakkan makan organ dalaman
dan dia pun memang x makan..
tapi dia beli juga untuk ikhtiar supaya HB naik..takut baby kene anemia..
tapi lepas makan banyak mana pun HB tetap x naik2 juga..
pening juga..(8_8)
kemudian suami beli jus tok guru dan jus delima (areva)
jus areva ni kami ternampak waktu jalan2 di tesco tebrau..
1 botol rm21, dan rasa dia..masyallahhhhh..memang sedap (T_T) hehehe
jadi kene minum sikit je, dalam satu teguk..hehehe
suami beli jus chery, khas untuk kalsium..malam2 dia minum..
jadi lepas makan vitamin, terus teguk jus delima..
dan subhanllah..hasil nya..
HB dari 9.9 naik 12.!1
dokter dan nurse pun terkejutt..!
ini lah jus delima y saya minum..rasa dia sangatttttt sedaaaappp..heheh


dan ini apa yang suami temui melalui pembacaannya :


Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)
Maksudnya :”Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.
Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.
dari blog :

http://ahmadzaki.wordpress.com/2008/09/01/buah-buahan-yang-disebut-dalam-al-quran/


suami pun ada pesan, kenapa kita terlalu mempercayai kajian barat berbanding sunnah dan apa yang tercatat dalam Al-quran..yakin lah dengan sunnah nabi..insyallah hidup kita sihat seperti mana Nabi..=)



Comments

Azlina Yusof said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

berurut selepas bersalin ~

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir