TaKutNya BerGadoh SuamI Isteri~

anak itu pasti kebahagian yang sangat di idamkan oleh semua orang kan?
perempuan kalau x mengandung setahun boleh gah lagi,
tapi kalau dah masuk 3, 4 tahun pasti dia rasa stress..
lebih2 kalau orang duk tanya..bila lagi nak ada baby?
lelaki mungkin x rasa sangat..


teringat pesan librarian  dia kata kalau dah setahun x da rezeki lagi,
elok lah pergi chek dokter,
kadang faktor kita duduk asing suami isteri,
atau kadang faktor gaya persetubuhan suami isteri,
bila pergi cek dokter, dokter akan recomend kan cara yang sesuai untuk kita..

saya selalu mendapat nasihat dari orang2 yang berpengalaman, 
indahnya kan hidup bermasyarakat dan baik dengan orang2 lama,
saya teringat pesan mak sedara saya..

sekarang (belum ada anak) dik yan akan rasa bahagia dan seronok..
nanti dah ada anak, baru akan rasa cabaran nya..
mama pun ada pesan setahun awal perkahwinan adalah kehidupan yang indah..
masuk tahun kedua baru rasa cabarannya..
terpulang pada kita cara nak atasi dan kawal..

seyes saya takut dengan kata2 orang2 yang berpengalaman tu..
kadang2 bila saya keluar makan saya selalu juga perhati keadaan sekeliling..

mak take care, ayah pulak lepas tangan :

ada satu family, kesiaaan..
yang si mak nak makan, anak kecik duk meragam..
yang si ayah sedap menghembus asap rokok ..
berlaianan dengan kakak saya,
kakak saya akan suruh abg ipar saya makan dulu..
kadang abg ipar makan cepat2 sebab nak bagi peluang isteri dia makan pulak ,
 dan a,ipar saya bergilir pulak jaga anak,
kalau dua2 makan comfrm anak duk menerap bawah meja..heheh
kata kakak saya bila dah ada anak memang kene banyak bekorban..

ayah take care, mak pulak jenis x cara :

ada juga saya jumpa,
mak jenis lepas tangan, 
biar anak dia berak merata..
malas nak cara ..buat x tahu..
ayah pulak yang susah2 pergi basuh taik dan layan anak makan..


ade juga jenis dua2 x cara..

serah anak pada nursery .. teringat adik ipar bercerita
kesian seorang budak ni..
mak ayah jenis x cara..
maka ayah dua2 pensyarah
tapi tapi baju semalam yang dia pakaikan baju tu juga lah yang mak ayah dia hantar anak dia pagi tu
dengan pampers penuh air kencing...

waktu kat universiti dulu ade juga pergi dengan ceramah kekeluargaan,
teringat lec tu pesan..
sebelum bersalin kene buat perjanjian dengan suami,
kalau isteri dah bangun susukan anak,
suami pulak kene bangun basuhkan berak atau tukar lampin..
sebab isteri kalau menysu memang x boleh tidur,
kene berjaga , lebih2 kalau masih baby lagi,
takut lemas nanti tertekup dengan susu ibu..

dan ade juga saya dengar ceramah ustaz kat ikim
kalau suami isteri duduk asing
dan anak duduk dengan isteri,
dan isteri seorang sahaja yang mendidik anak,
jadi suami kene bagi nafkah pada isteri,
nafkah anak,
dan nafkah pada isteri atas sebab mendidik anak,
sebab suami x jaga anak sebab dia duduk asing..heheheeh..kaya2

saya nanti x tahu lah macam mana cabaran dan dugaannya..
tengok kakak pun kelam kabut di meja makan dengan anak..
dengan anak mencelup air,
mengetuk meja dan pinggan, 
tumpah pula air,
patut la kurus kakak2 saya,  hehehe
suara pun slow je nasihat..
kalau saya x tahu la..mesti dah jerit2 dahh..hehehe(jenis x sabar sikit)

suami isteri memang kene sama2 jaga anak,
saling bantu membantu..
janggan biarkan seorang je yang buat kerja..
kalau isteri mandikan anak..
suami sediakan lah pakaian anak,
kalau isteri masak,
suami jaga dan bermain lah dengan anak,
kalau isteri dah bangun mneyusu kan anak,
suami bnagun lah salin pampers anak,
banyak kan aktiviti bersama2..
bila sama2 buat kerja ,
baru la masing2 x terasa letih dan terbeban
baru lah isteri boleh bagi layanan VVIP pada isteri seperti sebelum2 ni kan ^^

semoga saya dan suami selalu sabar dan tabah dalam mendidik anak yang bakal lahir..dan sentiasa mengekalkan mood ceria di samping nak sentiasa cantik depan suami..hurmm mampu ke ye?huhu..cayokkk..!







Comments

cahaya kejayaan said…
assalamualaikum...Izyan, suka baca gaya bahasa awak..selamat berkenalan..
izyan zulkiply said…
wasalam, selmat berkenalan..kikiki..x da pa pun y istimmewa

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~