marah tanda sayang ke?

{luahan hati orang yang di marah..}

semalaman saya mengaru, tiba2 naik bijik2 merah di badan
tangan saya yang saya sudah tahu alergik sabun dan sudah beransur pulih
saya risau dengan gatal2 yang baru
belum pernah naik mcm ni
aikk campak ke?
risau berjangkit dengan fateh
pagi2 saya keluar cari ke klinik
tapi semua tutp , dokter x da..mungkin awal sgt

puas cari..x jumpa
jumpa kedai buku , masuk jap
saja beli buku untuk anak pengasuh

las sekali buat keputusan nak g klinik kat kawasan rumah tu je
sebab suami da kene masuk ofis
sampai kat klinik
tengok klinik lengang
tapi bau rokok
aikk..mana datang bau rokok ni
ade sorang lelaki amek daftar nama saya
dan terus panggil untuk beri rawatan 

rupanya laki yang amek daftar nama saya adalah dokter
saya still bau rokok..saya nampak dokter tu macam cuba padamkan sesuatu  tapi saya x nampak (jadi bek sangka ja la)
bila saya tunjuk merah2 tu dia cakap bukan campak
sebab x naik kat muka
dia kata mungkin infection 
dan dia terus menerangkan saya mengunakan bahasa sains dan perubatan
saya yang bukan background sains ni macm terkulat2 dengar
bluuurrrrrr....yang saya dapat tangkap dermatitis..

1 jam dia menerang..............eeerrr...bukan menerang
saya kene marah...muka suami saya pun macam berubahh...
punca nya sebab saya x menjaga kulit
yang dokter tu marah sebab penyakit di tangan, yang saya alahan sabun, yang saya tahu dan penyakit tu da semakin sembuh..cuma masin tinggal sikit2
tapi saya datang bukan nak tanya penyakit tu, tapi penyakit yang gatal2 merah naik kat seluruh badan yang saya anggap campak,,tapi dia lebih berminat dengan alahan di tanggan saya tuu...huumm apa lagi makin di tambah slide lec dia dari 24 slide jadi 65 slideshow..

1 jam saya di brain wash
saya tidak pernah jumpa dokter macam ni
seyesss
dia lebih suka menghukum dari menasihati
lebih suka menyalah dari memberikan cadangan
dengan bahsa yang kasar..saya jadi malu..air mata saya tahan..
dia nek inject saya
tapi di bahagian punggung
saya x nak sebab saya pakai jubah dan x suka
payah la nak selak
dia marah lagi.."dia kata lain kali prepare laa !!!"
saya kata inject di lengan
lepas da inject dia kata akan bagi ubat " %^^&^^*&^&^^&^&^&))))()()W(&#@&#@"
dia masih sebut nama ubat (dalam bhs perubatan) yang saya x pernah dengar..tanpa bagitau function ubat tu

bila kat luar
dia juga jadi tukang bagi ubat (dasyat dokter ni, multitasking)
dia suruh saya pakai ubat ni, saya sempat tengok
nama dia AQUA ape tah kat botol tu
bila saya tanya ubat ni bercaun x sebab saya menysusu anak
dia kata "kan saya dah cakap ubat  ni x da chemical, jadi x beracun la !!"
masa bila dia cakap saya pun x tahu
saya x menjawab..air mata saya dah x leh nak tahan
suami saya nampak muka saya mcm nak nangis
saya minta dia tolong amek ubat yang selebihnya dan tlg bayar sebab saya x mampu da nak tgk muka dokter tu..

keluar dari klinik terus air mata saya keluar
memang x leh tahan..
ubat saya campak..!
nasihat dia satu pun x masuk dan lekat di hati..!
protes!
sampai kat rumah suami tenang kan saya
saya luahkan segala ketidak puasan hati saya !
ITU HASILNYA BILA ORANG BERDAKWAH TANPA BERHIKMAH..!
tetiba mama plop tepon, cm tau2 je anak dia dalam masalah
saya x leh cakap n mama
sebab makin teresak2


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

marah tanda sayang ke?
bukan kah dokter yang baik bukan sahaja merawat penyakit
tetapi juga jiwa pesakit

saya tidak menyalah kan dokter 100%
apa yang dia cakap betul
tapi cara dia bercakap memang kasar dan ....hummm x tau la nak cakap macam mana


dalam berdakwah :

kita nak tegur kawan yang tidak bertudung
cara yang baik atau yang outspoken lebih orang suka
mesti cara yang baik, biarlah secara berperingkat2
yang penting kawan itu tidak benci dan terasa nx  menjauhkan diri dari kita
berbanding dia terus jauhkan diri dan x mau langsung terima nasihat kita sebab cara 
kita tegur ter lalu kasar..
hidayah itu milik Allah

p/s : saya doakan dokter tu boleh belajar cara nak bercakap dengan pesakit dengan cara yang lebih baik
saya tahu mungkin dia risau kan penyakit saya ni..tapi biarlah cara nya betull..bukan dengan mnghukum, mngutuk dan mengomen..sebaliknya mencadang, memperbetul dan menasihat..

dlm otak saya fikir : mungkin dokter tu ada masalah..rr lapaaarrr..sebab tu marah =p x g dah klinik tu..!





Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~