menangis dalam hati bila tengok fateh masuk buai ~haha

sejarah family saya memang mama x ajar anak dia dan cucu dia berbuai,
tapi belah suami semua berbuai..
bila tanya2 kakak saya kata kalau berbuai takut nanti asyik nak tidur berbuai je,,
payah nak pergi mana2..traveling atau balik kampung, x kan nak angkut buai masuk dalam kete..
hurmmm..saya terfikir..betul jugaaa

bila balik rumah belah suami
mak suruh masuk buai sebab biar anak dapat tidur nyenyak sikit
dan kita pun senang nak buat keje
saya pun cuba try masuk kan fateh dalam buaii..
ammboooiiii kemaian dia lenaa..
tidur berjam2..hehe happy la anak tidur lena


then bila balik rumah sendiri.
x leh la nak berbuai sebab kat rumah x da buaii
haaaa..bila nak tidur, mula fateh meragamm..dia macam cari buai
tepuk x nak, berpangku x nak..berdukung x nak
3 hari juga la nak bagi dia sesuaikan diri tidur bertepuk

3 bulan saya gigih ajar dia tidur tepuk
lepas menyusu, saya sedawa kan dia
dan tepuk dia sampai dia tidur
alhamdulilah mudah tidur

bila da start belajar dan hantar rumah bby sitter
pengasuh tu nampak macam da putus asa sebab x boleh tidurkan fateh
huwaaaa...saya cakap cuba la dulu tepuk dan main dahi dia..fateh mudah tidur {dalam hati duk harap jangan la dia masukkna fateh dalam buaii..sat g malam mesti fateh meragam nak cari buai, dah la kat rumah x da buai}
tapi pengasuh tu macam x nak jugaaa..

tadi bila nak amek fateh, tengok2 fateh da terlena dalam buaiii..huwaaaaaa
nak menangis rasa..macam x leh terima kan..ngeh2 yelaa kita gigih ajar dia tidur bertepuk
aleh2 masuk buai jugaaa..
redha jelaaa..haissshhh..asalkan pengasuh x stress dan x geram kat fateh..

sebenarnya saya lebih risau kalau2 berlaku gegaran otak dan risau dia jatuh buai kaa..yelaa..dokter pun x bagi kita buaikan anak..nauzubillah, harap2  x da pe2 berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~