sempat lagi pump susu sebelum masuk kelas =) Alhamdulilah


Alhamdulilah, walaupun sibuk dengan kelas, tanggung jawab untuk bagi susu pada fateh tetap dan wajib saya buat..Allah masih tidak putus bagi rezeki pada fateh..betullah firman Allah :dan jangan kamu bunuh akan anak-anak kamu kerana takut jadi papa miskin, kami yang beri rezeki mereka itu dan rezeki kamu bukan mereka itu makan rezeki kamu.  surah al-isra ayat 17 

Ni susu yang saya pump pagi sebelum pergi kelas , dalam pukul 7 pagi, kelas saya start pukul 9, jadi dalam pukul 8 saya akan direct feeding fateh sebelum hantar dia ke rumah pengasuh jadi dapat la kosongkan susu time masuk kelas dan boleh belajar dengan selesa


Kelas pukul 9- 12.00 tghari, dah rasa susu bengkak sangat, lepas makan tu terus amek fateh dekat rumah pengasuh, harap2 dia nak menyusu dengan saya, tapi dia x nak sebab dah kenyang pengasuh bagi dia susu

Nasib bawak pump spectra3, jadi saya pump susu untuk elak bengkak, dan untuk elak susu berhenti keluar,sebab semakin kerap kita kosongkan breast kita, semakin banyak susu akan di hasilkan..

3 minit pump

7 minit lepas tu,


saya buat teknik power pumping 10 minit kanak dan 10 minit kiri, bergilir2 sampai 1 jam..
dan petang lepas habis kelas saya pump lagi, dan malam..
alhamdulillah sehari dapat 20OZ ..( 5 botol )
cukuplah untuk hantar kat rumah pengasuh 
kalau fateh sehari hanya minum 3 botol x banyak sangat kan
sebab saya hanya hantar dia dari jam 9.00-12.00, pastu amek fateh untuk menyusu then hantar balik 3.00 – 6.00 petang..

sebelum balik rumah solat siap2 =)
fateh baik je time kami solat jemaah =)


saya belum ambil sebarang pengalak susu, saya cuma minum milo dan air masak, dan jaga makan selebihnya berdoa pada Allah..insyallah hajat nak menyusu kan fateh sampai dia umur 2 tahun..doakan saya berjaya..=)

p/s : teringat ceramah prof muhaya dalam ikim, tiada alasan untuk tidak memberi susu badan pada anak sampai umur 2 tahun atau sekurang2nya 6 bulan, sebab sekarang semua kemudahan dah ada, dengan breast pump, kalau nak menysu dia tempat awam ade nursing cover..nak x nak je, insyallah, Allah tu maha adil dan sudah pasti tidak mahu menyusahkan umatnya..

Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~