sokongan suami sangat penting u penyusuan ibu secara eksklusif

alhamdulilah.. fateh da nak masuk 4 bulan
dan Allah masih tidak putus2 bagi rezeki pada fateh
susu masih lagi tidak putus dan kadang menitik2
kadang mengeluh sebab tidak selesa sebab baju basah
lepas tu istaghfar..orang lain bukan main seksa nak keluarkan setitik susu untuk anak dia..

dulu waktu pregnant memang x terfikir pun pasal penyusuan
nak bagi full susu badan
atau susu tepung
pernah juga waktu berpantang hari tu
sedara mara datang jenguk
dia kata " haaa dari sekarang la kene ajar anak minum susu tepung nanti senang nak tinggai, nak g belajar nanti senang"
dalam hati cakap aah kan..baik belatih dari sekarang..

then bila en suami balik dia kata
sayang, kita cuba susu kan fateh sampai dia 2 tahun la ye
jangan campur dengan susu tepung
dalam hati cakap : humm mampu ke..? dah la kene bangun malam2..pastu menyusu x boleh tidur, sebab takut anak lemas

lama fikir cadangan suami,
saya cakap dengan suami, boleh nak bagi susu badan tapi abang kene beli la breast pump yang sedap pakai..nak yang letrik, x mau manual..haaa demand ko..ngeh2..
jadi suami pun surve kat intenet yang mana ok dan mampu beli
sebab kebanyakkan yang letrik agak mahal
tapi suami kata x pa, kita beli breast pump, sebab kalau beli susu formula lg mhl, kita x mampu sebb kene beli tiap2 bulan, breast pump ni kita beli sx dan kalau tahan boleh pki smp anak 5 orang nak beli pampers lagi ( tetiba kepala saya tertangkap dengan angka 5, aiikk nak 5 orang anak ke?) heheh
heheh jadi bila suami dah bagi green light u beli  kemudahan untuk buat stock susu apalagiii mari la kita shoping2  ..hoyeyyy2

 first sekali saya pilih breast pump spectra3 ;

rm388.00, memang mahal tapi sgt puas hati..=) saya x pernah beli barang semahal ni..heheh

lepas tu saya cari cooler beg u letak susu yang dah di perah dan boleh bawak ke rumah pengasuh, jadi nanti susu tu x cair la dengan syarat kene letak ice pack.


rm 69.90 


saya lebih suka guna botol susu dari plastik untuk isi susu, hehe dan suka sangat kalau botol yang berwarna warni..hehe baru semangat nak memerah..=)
biasa botol storage 38.90 (dapat 8 botol)

cari ice pack u susu kekal sejuk dan tahan lama..ice pack ni kene bekukan dlm peti ais dan just
letak dlm beg

ice pack ni harga dia 13.90 dan saje buh nama fateh sebab takut tertukar dgn anak org lain dekat rumah pengasuh tu



ni warmer n sterilizer , kakak kasi pinjam..heheh..kadang berguna juga u panas kan susu


dan ni nursing pilow, saya beli kat bebe's home..mungkin mahal sikit dari kedai lain..sedap bantal ni, kita x lenguh kalau nak menyusu, dan kadang buat letak fateh, x da la dia tergolek2 sebab ade sokongan..heheh kadang ayah dia pun buat lapik kepala..sedappp dan selesa

nursing pilow..rm 79.90 hari tu kawan husband bersalin pun kami hadiah kan bantal macam ni

alhamdulilah ni lah hasilnya..tapi kadang x da mood sebab peti ais x muat..tu pun kadang ayam letak kat bawah huhu


itu sokongan material..saya dan suami beli perlahan2, bukan sekali gus, sebab x mampu..apa yang paling penting sokongan emosi..sebab beli la mahal macam mana pun alat n kemudahan untuk pump, kalau emosi x di jaga dan stress susu mesti payah nak keluar..

sokong la isteri anda menyusu badan..
sebab ia juga memudahkan suami..
kalau isteri menyusu badan
suami x perlu bangun malam2 bancuh susu untuk anak
x perlu nak angkut semua peralatan susu kalau travel mana2
susu ibu ni free, suam dan mudah
x perlu nak bancuh2..
cuma perlukkan sedikit pengorbanan 
memang kita akan rasa sakit pinggang bila menyusu
lenguh..itu la perlu nya sokongan suami..
suami alas kan belakang isteri dengan bantal
dan kalau boleh cover lah isteri bila isteri mahu menyusu di tempat awam =)
semoga saya boleh susu kan fateh sampai dia berumur 2 tahun..
doakan saya mampu 

p/s teringin pulak nak beli peti ais kecik tu..hehe tu kan antara kemudahan u simpan susu juga =p

Comments

sepet momeL said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

berurut selepas bersalin ~

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir