gelombang pertunangan

kata orang jangan tunang lama2
banyak dugaannya..
macam setuju juga dengan kenyataan tu
walaupun saya bertunang 3 bulan sahaja
hehehe

3 bulan..sekejap kan?
baik x yah tunang
huhu
 tapi bagi saya walaupun kita dah kenal lama bakal suami
tunang tetap kene tunang
selain benda tu syariat
saya nak rasa hikmahnya bertunang




dan saya jugak dapat rasa gelombang bertunang ni lain
time2 tunang ni la masing2 di duga
tiba2 time2 tunang ni ade orang "kacau"
mungkin tu ujian nak uji tahap kepercayaan kita pada pasangan
lebih2 lagi bila duduk jauh2
waktu sebelum bertunang ,
ok je..x da orang nak kacau2
aleh2 lepas tunang jadi gtu plop..

dan yang paling penting comunication
sebab bila bertunang
kita akan banyak berhubung dengan pasangan
untuk uruskan hal kahwin
kadang family kita nak kenduri macam gini
tapi family belah laki x nak pulak
kita lah orang yang paling penting untuk buat keputusan
supaya kedua2 belah family rasa di rai

teringat pula waktu kenduri saya dulu
family belah laki awal2 lagi bagi tahu yang mereka x nak ada pelamin
sedang family saya dari kakak yang awal semua ada pelamin
walaupun saya agak bersetuju dengan cadangan pihak lelaki
tapi saya kene fikir cara terbaik nak bagitahu family saya
kalau boleh x nak timbul isu or biar semua orang happy time kenduri tu

dan isu paling panas sekali bab hantaran
kadang family perempuan dan lelaki sampai bermasam muka sebab isu ni
dan kadang boleh bawak sampai kita cucu cicit sebab terasa hati..ha jangan main2
sebab kalau boleh biar lah family kita rapat dengan family belah lelaki
jangan jumpa time kenduri or time raya je
sebab itu kita selaku bakal pengantin kene berhemah
kene pandai jadi orang tengah untuk raikan kedua2 belah family
dan janggan la kita pulak bergaduh dengan pasangan..


[al-mathurat-doa-rabitah%5B4%5D.jpg]

p/s : kalau tetiba rasa stress dengan tunang or pasangan pejam mata, ingat muka dia dan baca la doa rabitah ada dalam matsurat =) sebab syaitan sentiasa nk y halal jd haram..mujahadah la dlm sedikit waktu sblm mnjadi halal


Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

berurut selepas bersalin ~

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir