kerana kita berbeza ~

alhamdulilah
hujung tahun ni ramai kawan2 yang bakal kahwin
seronok la kami makan nasi kenduri
hehehe

bersedia kah kita menerima segala kekurangan pasangan kita
terima dia seadanya..
memahami perbezaan masing2

setahun sudah perkahwinan saya dan suami
banyak perbezaan antara kami
cabaran berkahwin dengan pasangan yang berlainan negeri
saya kene banyak dan cepat belajar !!

first sekali tentang komunikasi
kadang saya tanya banyak kali pada suami soalan yang sama {sb x faham loghat dia pekat amat }
sampai dia mentranslate ke bahasa standart..hehehe
begitu juga bila saya pulang ke utara
banyak vocub baru yang saya dapat
indahnya berkahwin lain negeri..heheheh
dan sampai sekarang saya masih belajar u faham cakap kedah
mohong laa..ligan la..gerekk laa..heheh
kdang bila mak n ayah cakap dgn saya..
saya x faham, en somi yang tlg translate kan hehehe



then, kalau dari segi makanan
belah pahang comfirm2 la makan tempoyak kan
belah kedah makan belacan
walau saya boleh telan belacan
en somi x suka makan tempoyak
tapi dia tetap raikkan masakkan mama
dan sejak saya kahwn dgn org kedah
saya kene belajar masak cara kedah
sebab saya tahu cr msak kari kedah lain dgn kari pahang
dan waktu kwen la baru saya belajar buat sambal belacan..
sebelum ni memang ZEROOO..
sebab family kami memang x makan belacan
dan belacan di rumah kami memang di "haram" kan
sebab arwah ayah x boleh langsung ada belacan dalam masakkan (allergic)


happy wif adik n kak ipar belah kedah ..



banyak lagi sebenarnya perbezaan bila kahwin dengan orang yang berlainan negeri..
yang penting kita raikan dan anggap perbezaan tu satu ilmu baru untuk kita tahu
dan satu pekara yang kita harus faham
adalah latar belakang family masing2

mungkin family dia didik dengan cara cakap yang halus, lemah lembut dan tertib
tiba2 bila kita begurau kasar2 dengan dia
dia mudah terasa
sedangkan kita dengan adik beradik memang dah terbiasa bergurau macam tu



pasangan kita hampir 20 tahun dengan persekitaran family begitu
dan persekitaran family kita pulk len..
mungkin kdg kita rasa kenapa dia mudah sangat terasa bila kita bergurau dengan dia?
sedangkan memang kita dah terbiasa macam tu dgn adik beradik kita
kalau kita suaami isteri faham perbezaan ini
kita x kan  mudah terasa.. itu la penting berterus terang kalau ada terasa dgn pasangan, jgn simpan !


jgn jadi kan perbezaan itu sesutu y negetif
fahami dan raikkan la perbezaan..
selalu la tanya dan selami perbezaan dgn pasangan
insyallah kita akan jadi lebih memahami..=)










Comments

emma said…
Betul tu.. dan kena belajar terima buruk baik pasangan tu :)

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~