stress..! bekalan susu merundum

masya Allah minggu ni adalah minggu yang sangat kelam kabut
seminggu saya berada di wad temerloh teman mama yang x berapa sihat
berjauhan dengan suami
saya mengendong fateh ke mana saja
kesian dia baru baik demam
saya tidur di rumah tumpangan
dan ulang alik ke wad untuk jaga mama
saya mencuri masa untuk menaip assigment bila fateh tidur

dalam 2 hari tu fateh selsema dan batuk
mungkin sebab cuaca
nafas fateh dah macam lain
saya risau dia kene jangkitan kuman dalam paru2
cepat2 saya bawak pergi bahagian kecemasan
dan fateh admit wad..

semalaman fateh tak boleh tidur
subanallah hanya Allah yang tahu
dia hanya nak tidur di badan saya
saya terpaksa tidur duduk sambil pangku dia
bila fateh dah sihat cikit
saya pulak muntah2 dan demam
tapi fateh x nak menyusu sebab badan saya panas

suami datang amek dan bawak balik ke kelantan
assigment saya masih bertimbun
dengan pendrive rosak
bila sampai rumah alhamdulilah rumah dalam keadaan baik x sepah

esok saya dan suami cepat2 siap2 ke kelas
barang keperluan fateh saya dah kemas
saya tengok dalam peti ais stok EBM makin sikit

dalam kelas saya mengantuk..
mungkin masih penat
cuba tumpu tapi tersengguk
bila rehat saya nak pump susu
susu x membengkak macam selalu

saya pum...
x da susu yang keluar
10 minit pump angin je dapat

saya rehat..cuba tenangkan fikiran sebab saya tahu kalau stress memang susu payah nak keluar
saya cuba berzikir..subahanallah..walhamdulilah..wa la ila haillallah..allahuakbar
susu masih x keluar
air mata saya menitikk
dalam hati YA Allah
berilah rezeki untuk anakku..

akhirnya susu keluar
saya dapat 3 oz
biasanya sekali pum saya akan dapat 7-8 oz
saya da putus asa
saya bawak tidur
x boleh..saya amek wuduk dan solat, then mengaji

saya pump susu lagi
tapi hampaa..
kemudian saya amek hp dan tengok gambar anak
sambil pump susu
saya tengok vedio dia gelak dan mebebel sorang2
saya pun jadi seronok
tengok2 botol susu dah penuh
alhamdulilah



p/s : mkn la suplmnt ape pun, it all about our mindset..klu stress dan fikir negatif..memang susu payah nak keluar





Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~