susah x nak belajar kalau dah ada anak??

Alhamdulilah..
rasa bersyukur bila saya terima biasiswa tu time pregnant
andai saya dapat lepas dah bersalin
mesti fikir banyak kali nak terima ke tidak untuk terima dan sambung belajar
sungguh nyaa..!
cabaran nya bukan senang
bila dah ada anak dan nak belajar
mana nak pegang..
anak duk atas riba
sebelah tangan duk menaip assigment
dah ko x mau anak ko masuk buai kan??
errr aah laaa..tapi entah la memang x nak ajar dia berbuai..
walaupun masuk buai tu memudahkan kerja
saya lebih rela dia tidur bertepuk..senang kan nak pergi mana2
(sebab kami ni laki bini jenis kuat berjalan hehehe)

hurmmm...kebanyakkan prof ada cakap
benda paling payah nak uruskan adalah masa
disiplin masa untuk menulis
kalau asyik duduk rumah memang x jadi
sebab bila duduk rumah
nak kemas rumah,
nak basuh pinggan, jemur kain, lipat kain, anak nangis nak menyusu (dah la jenis mudah stress kalau tengok benda berselerak)
nak masak untuk suami balik kerja

fateh baca buku, ibu wat la assigment, fateh x kacau ok..!


bawak fateh g research..! hangkut sx..hehehe


disiplin masa..!
saya cuba disiplin masa
siang saya tumpu pada kerja rumah
dan malam office hour( masa untuk menulis) kunun2 nyelaaa
tapi kadang2 fail juga (hahaha dah time malam2 ni la ade cite best2)

kadang terfikir dan bersalah bila x endah kn anak
sepatutnya dari sekarang kena didik dia
saya x mahu nanti dia membesar dalam keadaan terabaii
hajat la kunun2 nak wat flash card n ajar dia membaca
x tau la bila nak buat
tunggu habis sem ni dulu ( alasan lagi)

teringat pesan madam time degree dulu
kalau kamu nak kahwin time degree saya x berapa nak galakkan
tapi kalau dah sambung master x pa..
macam setuju juga
sebenarnya bukan payah apa bila dah ada anak dan nak sambung belajar
kita akan rasa excited bermain n mengahdap anak lagi berbanding buku2 tu hehe
lebih2 lagi baby kan
tengok dia pandai senyum, satu nikmat Allah bagi, pandai menerap..teruja sekejap...!
pastu dah pandai merangkak mak dia pulak x terkejar..
hehehe..


p/s : apa yang selalu buat sekarang bila nak menyusu baca al fatihah, 3 qul, ayat kursi dan ayat2 time solat, dan ajar kan tentang kejadian Allah..!biar dia kenal pencipta dia dulu ..



Comments

Ayu azmir said…
ooo..... nak ikut jugaklah... *ikut pesanan yang last sekali tu...

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~