Posts

Showing posts from December 22, 2012

Al-mustadrak ala sahihain ~imam al hakim (metodologi)

ABSTRAK Mustadrak ala al sahihain merupakan sebuah kitab hadis yang masyhur dan masdar asliah yang boleh di jadikan rujukan bagi mentahkrij hadis. Di namakan mustadrak ala al sahihain ini adalah kerana hadis yang terdapat dalam al-Mustadrak ini adalah hadis-hadis yang sahih tetapi tidak di masukkan di dalam al sahihain ( sahih Bukhari dan Muslim). Kajian ini akan membincangkan mengenai penulis kitab iaitu Al Hakim Al Naisaburi, nisbah kitab, metodologi kitab, pujian dan kritikan terhadap kitab serta kesimpulan mengenai kitab. kajian ini adalah sepenuhnya kajian perpustakaan. Dapatan kajian mendapati bahawaal-Mustadrak mengandungi hadis sahih, Hassan, dhaif dan juga mauduk. Ini kerana al-Mustadrak yang di tulis oleh al hakim adalah berbentuk draf yang telah di semak sebahagian nya sahaja.
Biografi Al Hakim Al Naisaburi : Nama sebenar beliau adalah Muhammad ibn ‘Abdullah ibn Muahmmad ibn Hamduyah ibn Nu’aim ibn al-hakam al Dabbi, al-Tahmani, al-Naisaburi, beliau juga di kenali sebagai Ibn …