kerusi fateh..

fateh dah start duduk (dengan sokongan sejak 4 bulan )
sekarang baru masuk 7 bulan dia dah boleh duduk sendiri ( sama la dengan dalam buku baby yang biru tu )
Alhamdulilah..
mak nye ni asal aje ade perkembangan baru mula la excited nak bershoping kikiki
dulu dah berhajat nak beli kerusi bumbo seat..sebab sangat cute dan boleh sokong tulang belakang dia..


tapi lepas minta kat suami..my proposal di tolak..uhuk2
atas alasan kerusi ni x boleh pakai untuk jangka masa panjang
sebab takut peha fateh terlekat x boleh keluar
sebenarnya kami dah survey kat banyak kedai baby dan range harga dia dalam 195 ke atas..(agak mahal  bagi kami )

dan suami memang x nak guna walker untuk bagi makan fateh
sebab fateh ni kalau jumpa mainan dia x nak makan
dan memang nurse ade pesan..jangan letak mainan time dia makan
takut dia nak main dan x mahu makan..
dan kami sebelum ni guna car seat fateh
dan saya sangup buang pembalut car seat ni..x mahu kotor (sebab nak pakai untuk next baby )



so kami pun survey2 kerusi di kedai perabut dan semua nya harga nya dalam 100 ke atas
suami pulak duk berkenan kerusi IKEA ni..
murah pun murah..dan senang di cuci..
tapi x kan lah nak pergi damansara semata2 nak beli kerusi ni kan
jadi baru ni kami baru habis exam
dan tetiba2 terpacul kat mulut ni nak ajak suami pergi IKEA
dan suami pun terus setuju (hoyeh2)
dan kebetulan time pergi ikea tu hari bekerja..memang orang x ramai..sangat x ramai..jadi boleh la pilih dengan santai2 dan poya2


 hanya ada warna puteh..x paa i likeee..!!!
kerusi dengan tray tu harga nya lain2..



x silap harga nya dalam rm 64.00 boleh tengok catalog IKEA..
dan cara pasang pun sangat senang..
bantal belang2 tu pun kami beli kat ikea..sebab selesa sikit dia nak sandar..
kiki..(padahal bantal tu cute)
dan kerusi ni boleh pakai sampai dia besar dan secara x langsung dia pun boleh dinner dengan kami..
makan haruslah berjemaah kan ..??? 

p/s : kerusi ni banyak ade kat kedai makan kan? hehehe..

Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~