seronok tengok anak membesar depan mata..




alhamdulilah..
fateh dah 6 bulan lebih
dan dia dah boleh merangkak ke depan
walaupun kadang2 tersembam ke depan..
dan kadang dia terlentang ke belakang
namun setiap kali dia tersembam dan terlentang
kami x pernah buat muka terkejut...
untuk elak dia takut untuk mencuba

Alhamdulilah,
setiap perkembangan fateh
saya dapat melihat sendiri
seronok rasa nya
berbaloi rasa membesarkan dan menyusu dia selama ni
 semua tarikh tu saya simpan (beriya kan? anak seterusnya nanti nak tengok 
simpan ke dop hahah)

31 julan 2012 (first smile for me)
masa tu bukan main teruja hehehe

18 nov 2012 (fateh menerap sendiri)
masa ni dia dah 5 bulan
walaupun agak lambat 
tapi saya x runsing
mungkin sebab saya baru tahu teknik latihan perut
itu pun lepas pakar pediatrik yang suruh buat
masa fateh masuk wad 4 bulan hari tu
ada pakar datang melawat 
dan dia kata perkembangan fateh dah macam budak 6 bulan sebab dia dah makan jari kaki
then saya bagitahu yang dia belum boleh memusing sendiri
pakar tu bagitahu
yang ibu-ibu kene buat latihan perut
its mean kene selalu menerap kan dia
supaya dia boleh bina otot2 di perut dan tanggan 
then bila kita terapkan dia dan dia terlentang
baru dia akan belajar dari terlentang ke menerap ( faham dakk? hahaha tapi macam tu laa )
alaaa macam budak berlajar bertatih
dia belajar dari jatuh kan?


walaupun fateh agak lewat untuk menerap ( tetapi masih dalam perkembangan yang normal)
tetapi lepas dua hari menerap dia terus angkat punggung nak merangkak
dan sekarang 2 jan 2013 fateh dah mula merangkak ke depan
bila saya galakkan dia dengan tunjuk flashcard
sebenarnya agal lewat saya mainkan flashcard ni pada dia
sepatutnya awal lagi kan?
huhuhu (menyesal sighhhh )


merangkak pun sama
kan kebanyakkan baby akan merangkak ke belakang
jadi bila kita nak dia ke depan
kita letakkan mainan atau benda yang dia suka jauh sikit
supaya dia ada keinginan nak capai
dan jangan tolong dia kalau dia mengamuk 
tu hanyalah cara dia nak lepaskan geram
kita hanya bagi galakkan dan tepuk supaya dia ke depan
kalau kita tolong dan just bagi je mainan
nanti dia akan malas nak berusaha

sekarang fateh ke main buass 
huaaaa..
semua tempat dia explore
dan saya hanya ikut je
pagar2 rumah semua saya lap dengan detol
sebab dia macam dah memanjant..
ape2 pun saya seronok
mungkin ini habuan untuk saya yang membesarkan dia sendiri..
Alhamdulilah..

p/s : semua ibu nak besarkan anak mereka dengan tangan mereka sendiri, namun kadang2 kita terpaksa membiarkan orang lain campur tangan (pengasuh) , namun andai akidah dan cara didikan kita kuat, insyallah anak kita x kan mudah terpengaruh, kita yang lahirkan dia, biar kita yang mencoraknya..

Comments

Aty_Fared said…
Sokong yg last tu..sbb nk didik sndiri sy sanggup lepaskn jawatan..:-)
izyan zulkiply said…
semoga berjaya kak..=)

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

berurut selepas bersalin ~

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir