jom sambung belajar.~

dah lama kot x update blog..
mungkin sekarang tengah sibuk duk buat thesis
Alhamdulilah kami laki bini dah lulus bahagian 1 (coursework)
walaupun result x la tinggi mana..tapi kami tetap bersyukur..
now dah boleh teruskan bahagiab kedua ..menulis thesis

Alhamdulilah sepanjang 1 sem belajar banyak yang kami belajar
belajar untuk saling faham memahami, komunikasi dan yang paling penting
kami belajar untuk bertolak ansur
bukan mudah tau bila suami isteri belajar dengan ada anak kecik

teringat sebelum pergi exam
suami akan drive
saya akan susukan fateh sambil baca nota exam kuat2
supaya suami boleh dengar juga
dalam kereta kami diskus

sem lepas juga..waktu makan kami diskus pasal pelajaran
ape yang saya x dapat dia akan terangkan
sebelum tidur kami sembang pasal pelajaran
hohoho..kalau orang yang x minat pada pelajaran n ilmu
mesti akan boring dengan kami..kikiki

sem 1 ada 4 subject..2 subjet wajib amik dan 2 lagi pilihan
dan yang kene amik exam hanya 3 subject..
pensyarah yang ajar untuk 1 subject berganti2
kadang 1 subject ada dalam 7 orang pensyarah
assigment jangan cakap laa..banyak dan sangat tough..!

semua nak rujukkan (footnote)
tapi bila dah lepas rasa senang..alhamdulilah..
banyak ilmu yang kami dapat bila attend class
ilmu yang kami dapat sangat lain dan memang agak tinggi level banding dengan degree
kadang bila teringat assigment degree macam tah pe2 je buat

Alhamdulilah sekarang dah naik sem 2
ada lagi 2 sem yang perlu kami pulun untuk siap kan thesis
dan dalam bulan 4 kami kene bentang proposal pada pensyarah dan dekan fakulti (Seramm okk)
harap2 x da soalan provokasi ..~


en suami hujung belah kiri..=)


wif my classmate y perempuan =)

p/ s: perbetulkan niat bila sambung master or phd bukan untuk dapat nama tapi untuk memberi manfaat pada umat islam ..insyallah.


Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~