fateh batuk : perlu ke ubat batuk pada bayi..??

sekarang ni musim panas..
mula2 suami selsema..kemudian fateh pulak berjangkit..dan las sekali mak dia..
waktu fateh demam tu terus saya bukak baju dia (walaupun tidur malam)
dan sentiasa lap dia dengan kain basah
pagi tu cek suhu dia 39 terus bawak pergi klinik
nurse masukkan ubat ikut punggung fateh
15 minit lepas tu suhu terus turun jadi 37 Alhamdulilah
tapi still kene bawak jumpa dokter

dan dokter cek, fateh still ok dan dia kata "kami memang x bagi ubat batuk dan antiboitik "
ok i noted !


**** selang dua hari fateh punya demam dah turun, saya cuma kasi sekali je minum ubat (sirup) *****

sebenarnya saya memang agak kurang gemar bagi ubat pada kanak2,..
sebab badan bayi ni dia masih baru
mereka perlu ada antibody sendiri
jadi saya bagi fateh sikit je ubat dan lap2 je dengan kain, selain terus kan menyusu
dan time lap, make sure dap kan kain, jgn heret kain pada badan kerena kalau kita heret2 kain tu panas tu akan lagi tersebar..dan letakkan kain lama sikit di tempat2 yang terkepit mcm ketiak, bawah lengan, tapak tanggan n etc sb situ pmbuluh darah y pnas byk terkumpul

lepas tu fateh batuk..dan kadang2 batuk nye berkahak sampai dia termuntah
lepas dah 2 hari makin teruk
saya terus bawak pergi klinik swasta
dengan harapan kuman tu belum masuk ke paru2
bila dokter cek kuman dah masuk ke paru2
*** RISAU sangat..!!
dokter tu bagi ubat demam, u batuk, selsema dan antibiotik

so mcm confius la kan sebab dokter yang sebelum ni (hospotal gov) cakap x boleh bagi ubt batuk dan antibiotik
tapi dokter klinik swasta ni pulak kata boleh
hhaaaahh?dah nak dengar mana satu ko?

pengalaman duduk di wad kanak2 HOSHAS temerloh dr2 sana memang x kasi ubat batuk dan selsema
dan drg suggest ibu2 u teruskan menyusu dan batuk n selsema akan baik sendiri

petang tu saya jumpa adik ipar dia nurse di HUSM n minta pendapat dia..
dan sy minta dia tny kan pakar pediatrik di HUSM..
dan pakar tu cakap ubat batuk x di benarkan di beri pada bayi..!! see ! memang x salah firasat ibu
nasib x bagi lagi pada fateh
cuma antibitik dibenarkan cuma perlu dalam ukuran berat n kandungan yang bersesuaian

saya still x pus hati, dan try serach internet

dan saya tertarik dgn perumpamaan dari dr zubaidi


"

boleh juga rujuk link kat bawah ni :

abtibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema

 oleh Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: ”Kesembuhan itu berada pada tiga hal iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang umatku berubat dengan kay.”(HR Bukhari)


bila sampai di rumah kakak, saya terus cari madu..
dan saya sangat berharap madu yang Nabi warkan2 kan dapat menyembuhkan penyakit ni mujarb
saya bagi 1 sudu kecik shj pada fateh
sambiil selawat syifa dan yakin betul2 dengan haddis nabi (pastikan makhraj nya betul apabila di baca )
dan Alhamdulilah .. dengan izin Allah
dalam 3 hari amalkan siang n malam
saya x denagr dah kahak fateh..
dn sekarang fateh dah betul2 sihat dari batuk dia..


p/s : kadang2 bahan semula jadi ni lebh baik dari ubt yng sedia ada, lebih2 untuk baby..x gitu?

Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

berurut selepas bersalin ~

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir