perkembangan fateh 9 bulan ~ hai la anakkk...

Alhamdulilah 14 april ni fateh akan masuk 10 bulan insha Allah
sekejap je rasa nye masa berlalu
Al fateh dah makin fham arahan mak dia
seronok dapat tengok dia 'download ' perangai mak ayah dia kekekek

 tengok laaa dia..semua benda dia nak grab..!


saya andaikan perkembanga fateh ni dari umur dia 7-9 bulan
seawal umu fateh 7 bulan dia dah boleh tepuk tangann..bila saya menyanyi..
dah boleh buat wawawa bulann..! sambil tepuk2 mulut
dah boleh amin
dah blehh tata orang
dah boleh give me 5..! yeaaayyy
hehehe
dan yang paling syok fateh selalu ikut azan, kalau kat tv ade azan dia pun duk azan sekali..nak gelak tgkk

kesian fateh terpenyek kat belakang..sempit..


pasal makan,
alhamdulilah fateh makan je ae yang mak dia buat..
tapi berat ye maintain jee..8 kilo hohoho risau juga..tapi nurse x cakap pe2



bila dah masuk 9 bulan hari tu hnya Allah je tahu betapa lasak nya dia..
masuk bilik air
dapur jangan cakap la
kadang selippar kat luar pun da boleh amek ikut pagar
dah berapa kali jatuh tertungeng..nangis kejap pastuu main balik hohohoh

fateh duduk stlye org kampung..kekeke..buat mcm rumah sendiri


pastu bab2 mengutip ni paling x daya..
tiap2 hri duk mop lanntai n vacum hokehhh
dia cek n dapat sampah kalah mak mertua cek habuk kat rumah ( mcm dalam cerita tuu)
celah2 pintu tu dapat pulak dia amek sawang masuk dalam mulut


tengok apa dia pegang? kubbanggggg..

sekarang dah pakar jadi dokter gigi dah saya ni
asal tengok mulut da gelembung jew cepat2 korek
kumbang, cicak,butang, kertas,skru syiling, ubat nyamuk dan paling bahaya pin baby yang warna silver..terkejut kot tengah2 kemas bilik, dia boleh tunggang kan bekas pampers dia dan jumpa dengan pin, dah la pin tu terbukak dalam mulut dia..sungguh la berhati2 saya keluarkan takut tercucuk mulut dia
haiii la anakkk..sabar je la..

hilang kejap fateh, rupanya duk senyap bawah mejaa..bila panggil dia terkejut n terhantuk kikiki

kadang rasa dah kemas dah sapu betul2 tapi dapat je dia jumpaa..
dan sekarang ni kalau ada muzik bkan main dia menari..kikiki
dah la botakk..cumel sgt tengok heheheh
fateh sekrang dalam proses nak berjalan
dia dah boleh berdiri..tapi x lama
x pe..ibu x kisah pun cepat ke lambat..tappii ibu akan sentasa latih fateh untuk cepat berjalan
sebab ibu dah x larat na dukung hehehe
pasni kene kejar pulak..hhohoho

fateh dah nak tumbuh gigi atas pulop..ngeriii..hohoho
dan sekarang boleh sebut perkataan yang dia sebut..buah, mama abababa..kipas..
kadang malam2 mengigau sebut buah..hahah
menjerit juga kuat lebih2 kalau time vacum rumah..x tau la kenapaaaa..dia duk bertaning dgn vacum
fateh cakap : letih dah fateh kemas ibuuu...


bagi saya al fateh dari dalam kandungan memang anak yng aktif dan baik, x menyusahkan
senang tidur tepuk2 je dah tdo, senang makan x memilih makanan, nak dengan orang, muudah senyum kat orang, mandi pun x kisah air sejuk pun, x mudah merengek biar pun pampers penuh hahah, Alhadmulilah..


p/s : kalau anak pergi dan buat sesuatu, saya x halang dan larang, saya akan ikut walaupun tempat ttu bahaya pada fateh mcm bilik air, cuma kadang saya alih kan perhatian dia dengan benda lain, saya nak dia jadi anak yang berani mencuba dan explore..!




Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

berurut selepas bersalin ~

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir