ketika cinta bermula


Alhamdulilah dah 2 tahun kami berumah tangga
setiap hari rasa x jemu..
bersyukur sangat ada suami sebaik dan sesoleh dia

teringin nak share macam mana kami boleh berkenalan
dan hubungan kamii boleh sejauh ini
waktu tahun 2007 saya mula2 masuk degree, time tu umur 19 tahun
nekad dlm hati x mahu cari pasangan lagi..
then bila masuk kelas bahasa n orentasi
kami satu kelas kene buat pentomen atau lakonan tajuk family first
biasa la zaman2 universiti dulu
jadi bila brlakon ni saya jadi prop je..x minat sangat nak berlakon ni (muka ketat)

jadi bila sampai satu scene ade watak suami isteri tengah minum petang
saya terkagum dengan seorang lelaki, dia bawak watak suami
bahasa nya lembut dan sgt berbudi bahasa  hati rasa sejuk dan damai
---tettt---- sampai situ je, terus x terfikir dah kat dia haha

bila hari pertandingan, si lelaki yang sopan ni boleh pulak tterlanggar saya
hhoho..nangis la, sebab macam dah tersentuh(masih berlapik)
lepas tu ada kawan pujuk, dia cakap "mungkin tu jodoh yan"
yela mungkin sebab saya background sekolah agama, pergaulan dengan lelaki agak terbatas
bila jadi macam tu rasa macam tercalar kot maruah.. koya terr

bila dah habis kursus bahasa dan orentasi
kami pun di masuk kan dalam kelas ikut kos masing2
dan amat lah x sangka.
pak cik yang langgar saya tu sekelas dengan saya hoho
jadi just buat x tahu dan lupa kan jela apa y dah berlaku
fikir mungkin dia x sengaja

bila dah satu kelas
dia jadi ketua, saya jadi penolong ( mungkin muka kami ni ade oras kot hahaha)
starrt dari tu kami terpaksa berhubung sebab kalau ade perubahan kelas mesti dia akan contac saya
dan saya pun kene lah sebarkan pada kawan pompuan yang lain (habis kredit cek)

ni waktu tahun 2, malu2 pulokkk kn tunduk jelaaa


benda kedua yang saya perasan
adalah saya mudah ikut arahan dia
saya sebenarnya waktu sekolah dulu memang jenis manusia y payah nak comunicate dgn laki
entah la rasa macam budak laki waktu sekolah dulu nakal2 kot
yela kan zaman2 remaja, ejek2 hehehe..

jadi dengan pak cik ni rasa mudah, senang hati je nak ikutt arahan diia
macam ade sekali tu lepas habis lab
pendrive dia hilang
dan dia minta saya carikan
saya dengan senang hati tolong cari pendrive dia dekat setiap meja
siap speaking dengan lec foreigner untuk mintak izin masuk lab
mungkin tu sebab saya plih dia
saya mudah taat dia, dan terima nashat dia
mungkin atas sebab tu jugak lah saya terima dia as my husband

buat2 macam x de perasaan, ni tie meting persatuan , en suami y pki bju putih


bila dah masuk tahun dua..
dia dah macam tunjuk tanda2 untuk serius
dia jumpa arwah abah dan mama saya
minta izin untuk berkawan
nak kahwin awal insyallah
dalam masa yang sama kami kumpul duit dan dia pun keje bila ada masa lapang

lawatan ke singapore

family day kos


walaupun da dah jumpa mama abah
tapi saya x pernah pun bagtahu kawan2 kos dan geng2 saya
saya hormati keputusan dia
dia x nak heboh2..sebab takut x jadi
dan kami pun x nak menghalang masing2 untuk memilih yang lain (kalau ada y berkenan dan ade org berkenan, sebb antara kami x de iktan lagi)

Time jamuan kt rumh mdam wawa


kami kahwin lepas habis praktikal, masa akhir tahun 4
kira nya sebelum grad
dan saya grad dengan bawak baby naik pentas konvo heheh
syok kan?

2 bulan lepas kahwin

raya pertama dan kami berdua !



makan asikrim di bawah cable car langkawi ~ syokkk


bila fikir2 balik..mungkin ini doa kawan saya jugak
Allah makbulkan kata2 dia time tu
"mungkin tu jodoh yan"
dan alhamdulilah memang jodoh sungguh dengan dia y melanggar saya
tapi bla dah kawin ni biila tanya en suami x ingat pun phewww ~

cerita saya x la sweet poooomm
tapi saje la nak remind sebab today is our anniversary ~











Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~