kasih abah tiada ganti

subhanallah x tau kenapa sejak akhir ni selalu mimpi arwh abah
arwah abah meningal 21 feb 2010
hari selasa jam 11 pg x silap kat HUKM

secara jujur agak terklan sebab x dapat salam arwah abah untuk kali terkhir sebab fikir akan jumpa lgi

pagi khamis tu arwah abah kene ke HUKM sb ade temu jnji untuk buat kmoterpi
jdi saya x ikut sebb kene jaga adik yg tengh amek spm
yng pergi mama n k.de
abah naik keret tnp salam saya
biasa kmi x kan berpisah selagi x peluk cium
biasa abh kn cium dahi saya
sampai sekarang bila sy tgk sepupu r adik ipar cium ppi dgn yh mereka hti saya sayuuuu, rinduuu nk rasa semua tu, sebak dan sy akan alihkan pndangan
arwah abah akan cium dahi n sapu kepala kmi

3 bulan sebelum sakit :

arwah abah start batuk2 sebelum kenduri kak ngah
kami dah suruh abah untuk g hospitl
tapi abah rela telan ubat btuk
kta nya "bair lah habis kenduri nanti abah g"

time kenduri tengok muka abah lain, macam sembab
habis je kenduri mma bawak abah pergi darul syifak
ustaz bagi mama daun yang di jampi
dia pesan, tutup lampu dan suruh arwah membongkok
daun tu di ketuk kat belakang smbil baca 3 qul dan lawan arah jam
abah muntah darah n keluar kaca
sah kene santau
santau angin
ade orang hntar
tapi ustaz x bagi tahu sapa

bila g hopsital dr kta kanser paru2 tahap 4 dan jenis kanser nye adalah advance kanser
cepat merebak
paling lama hidup setahun
paling sekejap 3 bulan
abah nangis nangis semahunya..
abah x boleh di peluk anak
pasti dia menangis

3 bulan yang sangat bermakna

3 buln kami x pernah menangis depan abah
kami adik beradik x kan tujuk air mata depan abah
kmi x nak abh sedih
kami buat2 hapy
dan sepanjang tu saya x da pun amek gambar dgn abah sebab saya kata
buat pa nk tgkp gmbar abah akan ade selalu untuk aku , akan sembuh!

saya amek kan wuduk untuk abah
bla saya balik kmpus arwah abah pasti ckp alaaaa adik x da nanti sapa nak amek kan wuduk untuk abah
abh x boleh banyak bergerak, semput
selama 3 bulan kami manja kan abah
mkan bersuap, mandi berlap, kuku di potong
sampai2 mama cemburu kerana kami layan abah seistimewa begitu

macam2 kaedah kami cuba
rawatan islam, moden, tradisional,
dengar pakar kanser boleh rawat kami pergi x kira ceruk mana
asal abah sihat

orang yang ambil kesempatan :

dalam sakit2 sempat lagi orang datang promote air tapis kat abah
sempat lagi org bercerita pasal kawannya yg baru mati sb kanser
sampai2 kami x bg dah org melawat sebab x nak abah down dgn tetamu y negetaif macam tu

2 minggu sebelum abah pergi :
abah dah macam x sedar apa y dia cakap
adang kami pun x fham, lidah abah mcm pendek
abah nampak macam2, nampak baby mungkin tu ank (kakak) y meningal waktu kecik dulu
nampak orng dalam kereta padahal kami tgk x da
nampak orang lelaki tidur sebelah mama
ustaz ada cakap orang yang santau tu juga cuba u piisah kan mama n abah nak buat mereka benci
dr kata kanser dah smpaii ke otak

habis satu rumah abah pusing x boleh tidur malam
kamia dik beraik akan ganti2 jaga abah
abah mmg x tidur
abah selalu duduk dan kdg tertidur
tersengguk2, abah x boleh tidur baring
pernah sekali abah duduk dan tertidur
saya ke ruang tamu tinggal abah seorang kat bilik
tiba2 sy dgr bunyi abah jatuh
dahi abah berdarah
saya minta maaf smbil menangis
abah cakap abah x sakit, abh tersenguk ye?abh ketawa sebab terjatuh
pernah saya cuba angkt abah , tapi x berdaya lalu kam dua2 jatuh muka abah jatuh tersembam ke lantai
bibir abah bengkak berdarah
 semua akibat saya ~ rasa diri ni teruk sgt

abah payah nk lena
seolah2 mencari nafas
macam2 cara abah nk bernafas,
las2 abah terlena di meja makan
yee, kali terakhir saya teman kan abah tidur di meja makan
saya baring di bahu abah dlm hati saya cakap tidur lah abah kesian abah dah berhari x tidur
ateh syg abah, ateh x nak abah pergi

subuh m sy mcm biasa kejut abah untuk solat
lepas dah berwuudk saya x pasti abh solat atau tertidur
saya kejut takut2 abah tertiudr sb subuh dah nk habis
arwah marah sebab saya gangu abah solat maaf abah
saya terus berlari naik bilik nangis sepuasnya
selepas semua kesalahan sy buat
saya rasa saya anak y x guna

pagi subuh tu adalah pg terakhir sy amek kan wuduk u abah
dlmm pkul 9 abah ke hukm u buat kimoterapi
saya x di beritahu keadaan abh oleh kakak
mungkin dia x nak kami risau
saya ingt abah baik2 je

4 hari di HUKM

melalui penceritaan kakak
dr ade bgtau abah dah x lama
sammada ak meningal kt hospital, dlm perjlnan r kt rumah
kakak fhm sb tngok graf y smkin menurun
mama rancnag nk bawak abah balik rumah esok

malam sebelm meningal abah tanya mana angah, ateh along
abah puas pusing satu hospital cari pintu nak balik rumah

pagi tu lepas subuh mama kejut abah untuk solat
tapi tengok2 abah dah rebah ats dada mama
mama pelik sebab selama ni abah x boleh tidur baring
rupanya abah koma

abah dah x sedarkan diri
dan pukul 11 lebih abah tinggalkn kami

bilaa jenazah smp kat rumah sy sempat cium dan tengok parut akibat jatuh sb kecuain sy masih berbekas
mama x menangis
kami adik beradik x menangiis
kami redha
abah pergi dgn cara itu
dengan cara sakit dahulu bukan mengejut
sekurangkan2 arwah abah dapat hapuskan dosa dengan bersabar
ye, x pernah nmpk arwah mengeluh
arwah abah selalu minta maaf bila kami lap dan suapn dia
dia kata dia ni menyusahkan
subahanallah

abah,
berbangga lah bah
abah punya anak yang semuanya jadi saham akhirat abah
anak2 yang abah tegur spya keluar pki y longgar
yang abah picit ibu jari untuk solat subuh
yang abah ketuk kepala sebab dgn adik beradik pun nak bergadoh

abah
kalau abah ada pasti abah bangga punya menantu yng baik n soleh
yang semuanya x merokok
yang semuanya syg anak2 perempuan abah
mcm abh syg kan kami

ateh tahu, hanya doa anak y soleh mampu melapagkn kubur abah
ateh n adik beradik lain insyallah akan selalu ingt abah, doa abah
semoga Allah teukan kita di syurga..

ateh syg abah ~

3 tahun berlalu baru ada ekuatan u bercerita





Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

berurut selepas bersalin ~

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir