" aku si kucing hitam " entry untuk 25 tahunnya usia

alhamdulilah 19 nov 2013 saya genap 25 tahun..
orang kata berakhirnya usia remaja..alaaaa..kikiki
terima kasih Allah atas segala nikmat dan tarbiah sehingga jadi manusia seperti ini..
semoga sentiasa dalam peliharaan NYA

25 tahun yang lalu kuala lipis buat fst time nye di landa banjir besar
kene pulak time saya lahir
dan abah akan redah banjir semata2 nak tengok saya di hospital
dan tidur dalam bas sebab x lepas balik rumah
dan cerita tu akan di ulang setiap tahun
abah cerita sungguh2
memang dia hero kedua dalam cerita ni selepas mama yang lahirkan sy

sy, puteri bongsu (di sygi sepenuh hati heeee)
memang di akui sy x pernah di pukul
paling teruk pun kene pukul dengan hanger sebab dapat result teruk waktu sekolah rendah
saya unik
sebab paling gelap dalam family
paling rendah antara adik beradik dan paling debab antara y lain
yee..saya gelap tq Allah
saya banyak ikut arwah abah
mungkin sb tu saya rapat n arwah abah..dan mmg kerap mimpi arwah abah..

saya kecik2 dulu sgt kurang yakin diri
ye..mana x nye punya kakak di ats yang cantik ,cerdik dan putih
di beza2 kan oleh guru . kawan2 maman abah serta sedara mara (selalu lari kalau time nak kenal sedara mara)
sampai skg sy ingt ayat cikgu "kakak cerdik..adik....??" cikgu tu ckp dalam satu dewan y ada semua student dgn mic walaupun masa tu saya darjah 6 tapi sampai sekarang sy masih ingat
sampai sy x mahu lagi satu sekolah dan universiti dgn kakak2
x mau lagi di banding, dan di beza (aik bukan sama ke heheh)
x mau duduk dlm byang2 kakak
biar lah dvelop diri sendiri bukan dengan  mindset cikgu "dia harus jadi mcm kakak dia! n timbul persoalan knp dia x jadi mcm kakak dia ek?

tetapi satu yang harus di puji adalah tindakan mama n abah
cara drg nak besar kan image diri
abah selalu puji sy..walaupun saya tahu benda tu x betul pun
cantik, pandai, baik, sambil usap kepala
mama pun sama sebelum tidur mama akan puji kata mata cantik, kening terukir, hidung mancung sambil pegang hidung sy y x mancung pun

n family selalu pangil sy kucing hitam nak tau kenapa?
sebab saya je boleh tidur sambil di peluk mama
orang lain x sampai 2 minit mesti rimas
hitam, sb saya gelap..huhuu

abah, dia sedar n tahu anak nye yang gelap ni selalu di banding beza
kadang sampai beli mcm2 product u putihkan kulit
fair n lovely la safi la
zaman2 sekolah menengah dulu,tapi kat sekolah agama x dibenarkan pakai, jadi x merasa la kan
terus kekel dengan kulit gelap bergigi rata kiikik

pernah dulu pak sedara bersuara bila sedara mara2 yang lain duk cakap2 saya gelap2
"yang gelap ni lah yang kawen dulu nanti"
masin mulut pak sedara ** wink wink

sacara jujur saya di sekolah rendah sangat tiada keyakinan diri
lari, dan lari kalau berjumpa dgn siapa
nak bercakap di depan tidak berani
bahana di banding beza oleh orang sekililing
awas yaaa...

kini anak gelap ini sedang berusaha menjadi  yang terbaik untuk keluarganya
menjadi y terbaik u anak dan suami
biar menjadi gelap kulit jangan gelap hati x nak terima nasihat dan pendapat orang
biar hodoh x di puji tapi dari hodoh tetapi suka mengeji ..








p/s : sekarang saya jadi tepu, di hina x rasa apa, di puji rasa macam orang tu tipu hahahha, saya x nak fateh rasa mcm sy rasa, sebab dia paling gelap dalam cucu belah lipis ~heeeee


Comments

Anonymous said…
owseemmm...!!! suka cite ni... :)

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~