perkara sunat selepas lahir #hudthoha

alhamdulilah..

waktu tahu saya mengandung..saya dan suami dah berhajat nak cuba buat perkara sunat pada hari ke 7... terutama aqiqah la..
so kami dah kumpul duit awal dan simpan x mo sentuh supaya cita2 itu terlaksana...

waktu al fateh dulu..x da rezeki untuk buat hari ketujuh..

anak yang ke dua ni alhamdulilah lagi pun barang baby x banyak nak kene beli..kebanyakkan barang dah ada..so budget boleh fokus pada aqiqah..lebih afdal dari duk beli barang baby sampai ribu2 tapi persiapan aqiqah kita lambat2 kan ... ( lain la kalau mmg kita x mampu )

kadang kita take a simple benda macam ni, sedangkan tu hak anak..memang la benda tu sunnat je, tapi kalau benda tu x membawa kepada kebaikkan di sebalik nya mesti nabi x galakkan..ececececece...membebel pulak kan ustajoh ni..kekeke

ok..so far benda y pertama kami buat 

1) azan..hud thoha dia keluar meluncur terus..x da step by step..mungkin sebab tu ade koyakkan sikit..patut kene slow2 kan.. tapi lepas je dia keluar tu saya suami dan nurse semua takbir Allahuakbar la ila ha illah...n suami pun azan lepas baby di bersihkan.

2)tahniq 
tahniq ni saya dah standby kurma ajwa dalam beg baby dan di bawa ke dlm labor room.. kurma ajwa ni dia basah jugak..jadi sesuai u tahnq dgn air zam2..suami tahniq lepas baby lahir dalam labor room jugak..sebelum saya susu kan baby..jadi, bila dah di tahniq baby akan rasa kesat pada lidah dan akan rasa haus..jadi secara automatik dia akan cari susu..cengituuuu...

tapi lepas hari ke tujuh pun kami ada jemput ustaz u tahniq, ust hanafi..semoga keberkatan nya ada ameen..



3) cukur rambut dan timbang
hari ke tujuh rambut hud di cukur, rambut dia x lebat sangat macam abg fateh..abg fateh pun x lebat sangat..biasa2 ja diarong ni..cuma rambut hud macam perang..syg pulak nak cukur hari tu hahah..tapi elok cukur, sebab rambut dia kotor berendam dengan air ketuban berbulan2..



fateh dulu abati dia y cukur kan..kali ni kak mizah aka akk yang urutkan saya tolong cukur kan ..dia letak alorvera dulu pada rambut, dan guna pisau cukur..n menurut akak tu x elok guna mesin sebab ada gegaran x elok untuk kepala bayi..

rambut hud ni bubuh dalam air supaya x terbang, n then kami tapis n keringkan ..

4) waktu ramadhan kami timbang di kedai emas..de dalam 1.66 gram..dan nilai rambut dia  RM241 ( emas ) lepas tu duit tu boleh la di sedekah kan pada orang y memerlukan...hohoho boleh tahan jugak..nasib la rambut dia x tebal na wakakaka..

5)aqiqah.. kami sembelih 2 ekor kambing u anak lelaki..tp x pilih kambing y besar pun, amek y mampu ja..dua ekor dalam 1600, alhamdulilah family mertua dan mama ada sumbang sikit sebanyak untuk kenduri..x buat besar-besaran pun..x da berendui marhaban n dll..buat y sunat shj, tetamu dalam 200 orang dan kami buat hari ke tujuh..sebenarnya perasaan dia lain bila dah siap aqiqah hari ketujuh tu..rasa terharu ja..korang ada rasa macam tu x? ke aku srg je fefeeling macam tu..hahah.. selalu sendu sorang diri..rasa lepas hak seorang ibu kpd anaknya..x da hutang lagi..gitu lerrrr..




6) berikan nama yang baik..
 nama ni saya dah cari awal2..jadi x da masalah..ada orang dia tunggu ilham hari ketujuh mai dtg kekekke..kami ni jenis ilham tak datang2..lagipun orang asyik tanya baby nama apa..jadi baik decide awal2..lagipun bila aqiqah hari tu..mak cik gojes ramai tanya baby nama apa..penat den nak jawab n explain makna..patut rec n play ja bila next mak cik tanya hahah..mak mertua kadang tolong ganti jawab kan maksud hud thoha..

7) bersunat..
 sebenarnya agk terkilan sebab x sunat kan al fateh waktu dia lahir dulu..yela mungkin sebab x da pendedahan n pengalama dari sedara terdekat..hud thoha kami nak sunat kan awl..tapi kami x buat hari ketujuh sebab dia ada kuning..jadi kami buat lepas dia sebulan..alhamdulilah..dah sunat budak cecoet ni..pasal khatan nanti saya share kan ye..

Waktu sebelum nak berkhatan ~ 

Sebenarnya semua ni memerlukan perancangan y rapi dr awal mengandung, jadi bila awal mengandung tu selain dr penjagaan, bersalin, barang2 baby, hal2 perkara sunat seperti aqiqah pun harus di ambil berat... N perbincangan dgn suami kene ada sebab melibatkan budget .. Alhamdulilah Allah permudahkan.. Rezeki hud, tapi kalau x mampu nak buat macam mana kan.. Kita buat y termampu sahaja ..

Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~