di sebalik nama hud thoha ~


benda y paling best bila ada anak ni nak decide nama kan?
hehehe...
bila dah tahu jantina memang kami dah start cari nama..
cuma sampai la baby bersalin pun x sure ..
x macam al fateh dulu.. waktu kandungan 4 bulan pun kamii dah sebulat hati n cmfirm nak bubuh nama muhammad al fateh

kali ni agak was-was rasa macam x sebulat hati gituu..
bagi saya..nama ni doa..jadi saya x nak orang pendekkan nama anak tu..walaupun mak ayah nye orang dah pendekkan nama hehehe..zahir jadi et izyan jadi yan~ ok pasrah

so kali ni suamii kata turn sy pilih nama u anak..
ade beberapa cadangan dan kami tanya pada prof aka sv kami 

1) samuel thoha.. samuel ni nama nabi bukan rasul..kalau pernah dengan hadith ade cerita pasal nabi samuel..tapi bila fikir nantii kalau orang tanya puas nak explain..n takut juga org kata nk feeling nama anak org puteh pulok..so mcm x jadi

2) hud thoha.. sebenarnya sy suka nama hud ni sebab orang x leh pendekkan..lagipun nama hud ni mcm x familiiar sgt krik krik krik..errrr bagi sy la kan hahaha..

3) hud al safaraz .. hud y mulia..tu maksud dia..tapi bunyi mcm hindustan sikit ka..mmg nama safaraz tu dari bhs pakistan.as long as maksud dia baik x pa la nak buh..tapi suami kata nanti org ppagil pagaihhh ( lebiih2 g belah utagha hahah) cancel -

4) imran thoha ..imran ni maksudnya berbudi bahasa..tapi fikir orang boleh pendekkan jad meran..biasa belah2 lipis ni la...merannn g beli santan jap..hurmmm x mo !

5) nuruddin thoha .. suami la sugest hahah..tapi sy x mo nanti orang panggil din..

jadi kami decide hari ketujuh bubuh nama hud thoha bin mohd zahir..double cek speling dengan kawan yang mahir dalam arab n jawi sebab ejaan arab ke rumi sangat penting u beri maksud yang sebenar..mehmehmeh.. x tau la suami y setel kan bab ejaan translitrasi tu...


hud thoha :: dua -dua nama nabi.. hud is nabi hud as.. dan thoha adalah gelaran bagi nabi muhammad sama seperi yassin..jadi kami x bubuh la muhammad hud thoha..

harap boleh la memanggil anakanda dengan nama hud thoha r hud r thoha.. supaya nama tu menjadi doa yang baik sehingga dia besar..

p/s : mak dia bukan main cari nama y orang x boleh pendekkan abg fateh kasi panjang nama adik dia..adik tihudddd ~ hurmm 

Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~