sunat bayi lelaki #hudthoha


hud thoha dah selamat bersunat 2 julai 2015
hari ke 31 dia lahir
alhamdulilah..

sebenarnya sunat bayi lelaki ni memang perkara baru dalam mana2 family...

macam2 orang akan tanya..betul ke nak sunat?x kesian ke?
budak tu kecik lagi..
nak jaga macam mana?
x pe ke sunat?
dan macam2 soalan lagi..
benda ni saya dah jangka akan ade orang tanya
dan akan mewas-was kan diri saya hehehe..tapi saya just anggap benda ni normal.. Benda orang tak biasa buat..

Tapi dalam family saya kak de saya dah sunat anak dia waktu bayi jugak ..
Dan dia sangat positif u galakkan sy sunat kan anak waktu bayi..

Kelebihan sunat bayi :
Luka lebih cepat sembuh sb bayi
X perlu pntang makan sebab dia hanya minum susu ibu
Senang nak bawak solat nanti
Dan ramai doc sugest u bersunat awal

Waktu dah tahu jantina tu kami pun suami isteri memang dah niat nak sunat awal.. Macam sepupu dia umar mukhtar..

Mula2 nak buat hari ke tujuh tp hud dia ada kuning jadi kami tangguh kan..bila cukup sebulan kami tunggu lepas dia cucuk sebulan risau jugak dia demam..sebab bila nak khatan elok dalam keadaan dia sihat..

jadi lepas dah cucuk alhamdulilah x da demam..
so suruh suami survey klinik di alor star mana yang ada buat sunat untuk bayi
sebab tak semua klinik yang boleh sunat bayi walaupun dia ada buat sunat kanak2..

alhamdulilah puas jugak nak cari ..kami just call je tanya.. X da nya nak g sebuah2 klinik nak tanya..dapat la poliklinik ihsan..dia ada buat khidmat sunat bayi lelaki cuma kene buat appoiment..jadi kami setuju untuk buat hari esok nya ( 2 julai pukul 2.30 ptg ) cuma dia kata sunat ni x di buat di polikinik ihsan, tapi buat di cawangan lain..

malam tu ceq x leh tido oiiii hahaha
berdebar kemain..macam esok tu nak ambil exam jpj
asyik tenung ja muka hud hahah
hud rileks je mak dia over hewhew..
haruslah..!
ini kan melibat masa depan anak
macam2 fikir..macam mana kalau doc tu salah potong ke huhu..
over kan mak nye..

esok nya pukul 2ptg dah keluar u ke klinik..semangat gila kan..padahal app pukul 2.30.. Dekat je pun
saya masih terfikir2 nak tengok ke nak duk luar je waktu sunat tu..dari duk dengar dia nangis dari luar baik saya tengok kan
bila sampai depan klinik tengok tutup..betul ke klinik ni..mcm terbengkalai ja..tapi dia tulis ihsan dialisis center..
macam klinik yang lama dah x beroperasi..
kami pun call balik poliklinik ihsan tu
dia kata memang betul..tunggu doc sampai pukul 2.30

tengah2 tunggu tu suami tengok ade kucing kene langggar..sungguh dia g alih kucing tu sebab dah nazak..~ hahah perlu ke nak cerita? Selalu hilang fokus izyan ni..

Fokus izyan fokussss
ok dalam 2.30 kami nampak ade lelaki naik motor pakai kopiah benti depan klinik tu..suami kata tu doc dah sampai..
dalam hati saya kata ..warak nya doc ni.. Sempoi ja nek motoi kapcai..

kami pun masuk klinik dia tingkat atas,,
bila masuk tu macam scary ja siap bersawang2 lagi..
aishhh ... ni x sedap hati ni..betoi ka ni tempat bersunat..
Malap  sunyi...tempat nya..  dah la first time ni bawak anak bersunat...
saya siap kibas2 lagi sebab berhabuk..
macam bilik  terbiar 
Pelan2 saya naik tangga sambil baca istgfar..hahahah( terpengaruh dengan cerita seram )

Suami bergambar dgb hud ~ 
jadi bila dah masuk bilik tu tengok x da peralatan sangat..hanya ada katil dan satu mesin
memang bilk tu nampak agak lama x di gunakan tapi bersih..
dan bila tengok muka ustaz tu eh doc tu saya begitu yakin memang dia ada kepakaran untuk sunat..hahaha..( saya memang ade ilmu tengok orang )


jadi bila dah letak baby tu doc suruh suami pegang peha anak,,
saya pegang tangan..doc kata sebab tu lagi elok budak usia 2 minggu sebab dia masih  x da kekuatan nak melawan...betoi jugak kan? Kalau bedar fateh ni bersunat mahu nya menjerit smbil buat drama...

hebat doc ni buat kerja..x da bantuan nurse..saya la jadi nurse hahaha..bagi saya memang doc ni sangat cool dan tenang buat kerja..kalau saya dengar baby nangis dah kalut dah..

mula2 doc bius dulu 3 tempat masa tu hud nangis sungguh2 ..
n then doc biar dulu dalam 5 minit..then dia cuba kepit bird hud dengan gunting..doc kata " x sakit kan?"  lepas tu baru la berlaku kan aksi potong memotong..perghhh ngeri kot hahaha..

doc ni guna kaedah tradisoinal, bukan clamping..
Masa ni dah siap .. Dalam plastik tu kulit hud y dah di potong

doc pesan kat suami boleh ke tengok darah ni..takut tumbang..nasib suami cool ja walaupun saya rasa tangan dia berpeluh hahaha..

waktu doc gunting tu hud x nangis pun..sampai la habis..dia nangis pun sebab kami pegang dia..dia rimas..

Waktu jahit tu pun macam scary hoho baru tau macam ni jahit rupanya..
Tapi setiap kali jahit sy kene mengelak sebab benang tu panjang dan bila doc tu tarik hampir nak kene kat saya.. Haha hud rileks je kene jahit.. 

lepas dah guntingg dan jahit keliling..doc bagi ubat surut bengkak dan tahan sakit..alhamdulilah setel..
sy suda sunat la mak cik..yipieeee


doc tu x tetap kan pun bayaran..cuma bila kami bagi dia sebut alhamdulilah..lagipun kami dah tanya awal2 masa call hari tu..

bayaran dia rm 150..murah dah saya rasa berbanding dengan tempat lain.

baju di taja o eja shhril haha

bila balik saya dah jangka dia akan nangis sebab ubat bius tu dah habis..( jadi ibu2 jangan panik ye) memag dia nangis petang tu sebab sakit kot nak kencing...jadi kami bagi ubat tahan sakit dan ubat surut bengkak..malam pun sebelum tido kami bagi.

saya x berani nak mandi kan hud..jus lap2 ja
kerap tukar kan pampers dia dan pakai kan pampers tu longgar sikit..
supaya ada pengudaraan..seluar pun saya x pakai kan..

malam tu dia tido lena..

alhamdulilah hari2 berikutnya pun dia x meragam..ok ja macam biasa..basuh kencing berak dia macam biasa cuma jangan bagi lembab dan pastikan sentiasa kering.. Ubat pun sampai hari kedua ja kami bagi sebab tengok dah x bengkak n bila usik bird dia dah x sakit

doc kata benang ni akan jatuh dalam masa 5-7, dan hari ke tiga luka pun dah kering dan tunggu benang nak jatuh ja ..

Saya masih makan sperti biasa lauk pantang.. Cuma bila ke klinik untuk sunat bawak pampes extra lebih dan tisu basah sebab dia akan kencing berak..

p/s : first time tengok orang bersunat..perghh ngeri !..rugi x wat vedio kan.. X berani nak buat vedio sebab rasa doc tu warak.. Mcm kita main hp, ustaz kat depan tgh mengajar hahaha..


Comments

Anonymous said…
Salam Puan, Terima kasih atas post.. memang lama cari dan call klinik di Alor Setar. nak tanya, ada klinik lain tak di Alor Setar atau mana2 klinik di Kedah yang buat Sunat bayi lelaki selain Klinik Ihsan? Keadaan anak Puan pulak macam mana sekarang selepas sunat, berapa lama ambil masa untuk pulih dan teknik traditional atau clamping yang lebih bagus? seriau jugak kena jahit kan atau ok saja... anak saya umur 4 bulan sekarang

Terima Kasih
izyan zulkiply said…
poliklinik ihsan di alor star kedah
hanzalah mhk said…
kalau taip kt map...keluat x location klinik ni.?kat mana klinik ni.?jalan apa.?

Popular posts from this blog

berurut selepas bersalin ~

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir