marah bukan kebencian tapi tanda sayang








satu mlm masa tgh susukan hud thoha saya bau sesuatu y wangi di sudut bilik.. dan al fateh senyap je.. dlm hati sy kata hurmmm "
ni mesti main bedak "

dlm keadaan berbaring mnyusu sy tegur "al fateh, main bedak ek.. ibu ckp ape... jgn main bedak kan.."

"kejap ibu.. al fateh x main pun " al fateh jawab nk tutup kesalahan dia.. 

tetiba dia bngun dan pergi ke bilik air, sy fikir mngkn dia nk basuh tgn sb main bedak.. " al fateh pergi kencing dan berus gigi ye, kita nk tido dah" sy pesan lembut

dia jawab " kejap ibu..al fateh nak basuh tangan "

tetiba dia dtg dah ckp " taraaa! ibu dah basuh dah banana(minion)"

sy terkejut sgt tgk dia basuh mainan minion tu.. cepat2 istghfar dalam hati sebab rasa marah bukan main

tapi nampknya x berhasil

saya marah al fateh 
"kenapa al fateh basuh banana ni? kan ibu dah pesan jangan basuh, tengok da x bunyi.. abati dah pesan kan jangan letak air jangan basuh!!" kenapa basuh jugak?!!"

muka fateh cuak sgt..muka sedih.. dia anguk setiap kali sy marah..

"tengok dah x bunyi dah! sy cuba hidupkan dan mmg x bunyi lalu sy lempar banana tu.. jatuh sikit lagi nak kene kaki al fateh.." air mata sy pun mengalir

"al fateh tau x, abati beli mainan ni mahal! abati keluar cari duit, al fateh menangis2 nak mainan ni, sebab nak gembira kan al fateh, abati beli, tp al fateh x hargai! "

dia angguk ...

"al fateh buat rosak mainan.. lepas ni ibu n abati x nak beli dah mainan kat al fateh! no more toy! faham!"

dia angguk...

air mata dia bergenang dan kutip banana y sy lempar..dia cuba hidup kan dan mmg x bunyi dah sb dah masuk air

al fateh naik atas katil dan baring murung..lepas hud thoha tidur..

sy naik atas katil dan peluk al fateh.. 

dalam hati fikir " Allah kenapa la aku ni baran sgt".. bila fikir balik kenapa dia basuh banana tu baru tau sebab dia letak bedak kat banana tu dan dia takut ibu tahu dia main bedak sebab tu dia basuh.. ye dia x sengaja"

dalam hati ni cuma nak dia hargai barang n mainan y di beli, mainan dia kebnykkan nya jarang y rosak.. tp dia masih belum pandai hargai mainan, hargai maksud nyankene jaga, simpan dan kemas..

sy peluk al fateh smbil menangis dan cakap " al fateh, ibu minta maaf.. ibu marah fateh bukan sb ibu x sayang al fateh.. tp sebab nak fateh ingt.. kita bukan org senang, abati penat syg cari duit, beli mainan u fateh u gembira kan fateh, tp fateh x hargai" 

air mata fateh mengalir.. dia mmg anak y mudah tersentuh hati.. hati dia lembut..

tengok sekarang mainan fateh dah rosak.. dah x boleh main.. sapa y salah?

" al fateh..." dia jawab lemah..

lepas ni jgn minta mainan pada ibu n abati dah ye..

" ok ibu..."

mlm tu kami tidur berpeluk.. sy baca kan doa dan surah lazim sampai dia tertido smbil sebut perkataan y positif...

esok pg dia bangun dgn ceria

4 hari lepas tu~

masa sy suruh al fateh kemas mainan, sy dengar dia mengomel sendirian..

" ibu pesan lepas ni dah x boleh beli mainan.. sebab abati dah x da duit"

sedih pulak dengar 😝😝😝😝

bila tgk al fateh, sy baru sedar y dia dah boleh faham, dah boleh ingt apa y di pesan, entah la.. memang sy agak tegas n baran sikit berbanding suami, suami org nya sgt lembut hati, payah sguh nak dengar dia marah, kadang rasa menyesal marah anak.. tp kdg dah istghfar pun still nak marah huhuhu apakah ?


hakikat nya sy x suka membebel dan marah2, nak jadi mcm mama sy.. haha dia payah nak membebel n marah2 mcm tu.. so skg kene stop beli mainan kene banyak kan beli buku pulak..ekonomi pun tgh gawat kan.



p/s : ade satu hari masa suami tgh baca buku srg2 tetiba banana tu berbunyi2 .. n stop... lepas tu berbunyi balik.. padahal x da sapa pun tekan button on 👻👻👻👻

Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

berurut selepas bersalin ~

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir