potty train anak bawah dua tahun lagi mudah?

assalamualaikum
semoga yang membaca ni dalam rahmat ilahi
lama dah x berblog..piluuu

ok saja nak share pengalaman potty train si hud thoha ni..
saja mula awal.. sebab ada terbaca kata kalau bawah 2 tahun lagi mudah
x tau la apa y mudah nya..kita try aje

hud thoha dapat lesen P (lulus potty train ) masa umur dia 1 tahun 10 bulan
antara salah satu sebab kami potty train dia sebab masa ni je la lapang
sem depan sy dah start kelas..malas nak caro dah haha..
so korang x yah la rasa kalut ka kalau anak hampa x potty train lagi
tiada erti perlumbaan ponn..or kalau makin awal dia potty train makna nya dia geniuss..x da makna nyaa..kami buat ni sb nak jimat duit pampes je hehehe..
lagi satu senang nak bawak solat..plus dia dah sunat..so x da la tangungan najis
suka hati la hampa nak panjat ibu time solat ka..nak duduk ka..

ok tips pertama :

sila la solat sunat/hajat dhuha:

penting tau.. perbetulkan niat. minta Allah permudah kan urusan.lebih2 emosi mak pak nya..mau x stress kan.. kejap2 bocor, kejap2 dah berak..so doa minta Allah beri kekuatan. niat kita nak anak kita bersih. senang urusan.jimat ekonomi keluarga. gituuuu..

set mind :

kene set dalam minda 2 minggu ni adalah tempoh percubaan. so x boleh nak marah dia. nanti minda dia terganggu.sel2 mengecut. haaa so kene cool je la 2 minggu ni. paling best masa makan kat kedai hud boleh kencing atas meja..haaaa.. nasib baik dia jenis kencing sikit2..so boleh lap dengan tisu n air..kalau jenis kencing panjang2 tu pulun nak kene minta mop kat mak cik kedai makan tu. tapi abati still cool n cool n cool abg fateh lagi cool..

pastikan suami isteri berkerjasama :

saya tunggu suami setuju untuk potty train baru saya buat. sebab potty train mmg kene buat suami isteri. kalau isteri buat srg2.. sedia laa .. 3 hari pas tu isteri bertukar jadi raksaksa..so suami isteri tolong la ye kerjasamaa... buat la shift. suami siang isteri malam. kami buat berdua pun saya sakit pinggang duk angkat hud g tandas selang satu jam.


cari masa cuti;

cari la masa yang sesuai..cuti ke, untuk potty train anak. dan jangan biar kan mak kita yang handle kesian wehh..mak kita dah tua tiba2 dia pulak nak kene join projek pottytrain anak kita..dah la dia dah potty train kita dan adik beradik kita.

jangan on off :

haa yang ni la kunci nyaa.. jangan on off pakai kan pampes pada anak.. siang x pakai, mlm pakai..duduk rumah x pakai, nak jalan2 pakai pulak..

anak ni satu je..konsisten.. apa2 semua kene konsisten dan firm. baru dia jadi habit.

kalau on off kan pakai pampes nanti anak keliru.

saya start hari pertama memang x pakai ..x kira la tidur ke nak g kedai ke berjalan ke mmg kami x pakai kan.. biar lah dia terkencing. terberak. biar dia belajar. jangan malu untuk anak belajar dari kesilapan. cuma kalau boleh elak la travel atau keluar kerap sangat ketika anak tgh potty train.

boleh nak on off cuma dia akan ambil masa panjang untuk betul2 bebas dr pampes tu.. mcm fateh dulu kami buat mcm tu la nak dekat 3 bulan .. then buat balik...penat bro

sediakan tandas dan lapik katil:

yang ni memang kami dah beli masa fateh lagi so guna je la balik. beli y letak di tandas tu sebab kita nak ajar dia pergi tandas. kalau lapik tilam tu guna  masa dia tidur. 3 mlm pertama memang dia akan kencing atas tu.. tapi buat masa ni x pernah kene tilam lagi.

bawak ke tandas selang satu jam :

bawak anak ke tandas selang 15 minit. kalau x kencing jugak jirus kaki dia dengan air.bila dia kencing tepuk tangan sambil tunjuk haaa tu adik kencing..pandai..n ulang ayat kencing kat tandas berak kat tandas. bila dah lama sikit selang 1 jam pulak. buat la bunyi syuuu syuuu spaya dia kencing..sy hari tu hud x nak kencing pun tapi nak jugak dia kencing duk buat syuu syuu syuu las2 kene penampo dgn hud,...sadis sungguh. bertuah punya anak... dia hamun kot mak dia x benti buat bunyi syuuu syuuu..

malam2 sebelum tidur suruh dia kencing dlu. dan saya kadang x bagi anak minum air manis mlm2 sebab pundi kencing tu kene berkerja kalau mnum air manis. so minum air masak shj laaa..lepas tu angkat dia pukul 3 pagi, pukul 5, pukul 8 untuk kencing. dan sekarang x yah kejut dah ..kejut pukul 7 pagi je untuk kencing. dia dah ok. alhamdulilah.

dan satu benda yang bagus nya untuk potty train anak bawah 2 tahun ni adalah sebab dia still breast feed jadi air kencing nya x banyak sgt. n x kerap. dia kencing sikit2 je.

lipat semua karpet :

lipat dan gulung semua karpet supaya x menjadi kerja nak kene basuh sental jemur.

beritahu ibu bapa dan adik beradik:

info pada mama n ayah r kakak2 adik beradik kita y anak kita masih lagi dalam tempoh potty train so drg akan lebih alert dan fham.

jangan marah anak :

jangan marah atau tocher minda dia..kesian dia baru berapa tahun, lagipun dia tengah belajar. selalu la bersabar dan bagi pujian dan galakkan kalau dia berjaya kencing dalam tandas.

dan last kali..good luck pada semua..mula2 mmg susah kadang putus asa kan ..tapi bila dan berjaya mudah sgt.jimat pun jimat.



Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

pengalaman bersalin anak ke dua ~ hud thoha bin mohd zahir

berurut selepas bersalin ~