pengalaman melahirkan anak ketiga ~ khalil al aqsa


assalamualaikum

sementara peristiwa ni masih segar dalam ingatan, baik di tulis sebagai kenangan untuk khalil baca bila besar nanti..

sungguh besar nikmat Allah bagi masa mengandungkan khalil.. sebab ibu rasa apa yang ibu minta pada Allah semua Allah kabulkan..

cuma ibu lupa untuk doa untuk bersalin secara alami macam ibu sungguh2 doa masa bersalin kan abang hud thoha..x pela syg.. asalkan kamu keluar sihat.

trimester 1 sy mengandung kan khalil sy muntah teruk, nasib masa tu  belum mula kelas, hanya follow suami berulang dari kuala lipis ke usim setiap minggu .. masa tu dah start sakit pinggang balik, doc kata dia mcm suspect slip disc dan suruh letak alat untuk suport pinggang dan bantal di kerusi dalam kereta sebab kerap tarvel. setiap kali travel jauh mesti saya ambil masa seminggu jugak untu recover pinggang.

huhu lepas pantang ni nak kene jumpa pakar dan buat fisio semula.

sepanjang mengandung ni alhamdulilah semua cantik, hb x penah drop, bp ok, berat ok, cuma kerap sakit pinggang dan tulang pelvis, bayi pun kecik dr kandungan.. khalil lahir pada minggu ke 39 dengan berat 2.68kg alhamdulilah.

teringat balik kejadian bersalin kan khalil ni agak kelakar.. sebab trend contraction nya sangat berbeza dgn abang2 nya..

saya doa sungguh2 agar khalil lahir masa semua kerja siap..kami suami isteri sambung phd, saya kene hadir satu semester kelas, dan suami kene propsal defence. memang Allah makbul doa kami..saya minta khalil lahir selepas 22 dec sebab masa tu semua urusan kami suami isteri dah selesai, haha siap minta mama dan mak mertua doa lahir lepas 22 dec, tapi dua2 cakap biar lah baby nak keluar bila pun..jangan duk tahan dia..haha


minggu ke 39 kandungan :

isnin :tarikh 18 dec contraction 3 pagi- 7 pagi ( konsisten selama 15 minit ) akhirnya hilang

rabu : tarikh 20 dec contraction 2 ptg - 1.30 pagi ( konsisten selama 5 minit) akhirnya hilang dalam tidur nyenyak kekeke

masa sakit ni sempat jumpa sv bincnag tentamg artikel, dan dengan suami proposal def dalam bilik mesyuarat. tapi yela dah anak no 3 sakit nya kita boleh tahan lagi kot.

dan masa tgh sakit 5 minit2 tu saya sedang submit abstrak.. kebetulan hari tu last submit melalui sistem.. adoii 5x buat x lepas, dah la tgh sakit, saya boleh pulak call ajk seminar tu dan cakap knp x lepas submit.. dah la sy nak beranak dah ni hahah.. gelabah pak cik yang angkat phone tu.. dan dia mintak submit by emel saja..

fuhh legaa..


lepas tu teras cepat2 ke hiaz bangi dah buat ve, dalam 3cm balik rumah dlu sb teringat cempedak beli petang tu x sempat goreng.haha macam2 la ko ni izyan.

jumaat : 22 dec tengok macam ada sikit je coklat2 keluar dan ada rasa perut mengeras cuma still x konsistent, cuma boleh lagi gelak2, senyum tido semua.. dan doc lily  minta wassap kalau dah ada contraction 3 kali dalam 10 minit supaya dia senang standby..baguih betul doc... dan saya bagitau dia ttg false alarm dan ada keluar tanda. doc minta datang segera ke hospital. saya pun fikir nak tunggu ke nak pergi.. sebab banyak kali dah kene game dengan baby ni..x pela tunggu suami balik solat jumaat dulu.

so lepas suami solat jumaat, makan2 saya pun ke hos walaupun x da contraction..doc terus suruh masuk Lr, dan cek bukaan dah 5cm,  since dah ada bukaan dari hari isnin tapi tiada progress contraction doc kata kene pitocin sebab rahim x boleh nak work maybe baby kecik sangat sebab tu x rasa lebih2 anak dah no 3. kes sama macam fateh.. 4cm still x da contraction.

i pun duk tenung muka doc..doc sy fobia dgn pitocin doc.. its the best way doctor? adehhh..doc kata yes. dengar je la cakap doc, dia lebih pakar.

so i pun redha..cuma minta induce lepas solat asar.

dah siap solat dalam LR dgn suami, doc pun masukkan drip ikut tangan,  dan pecah kan air ketuban.. aik kenapa x rasa basah.. rupanya air ketuban tu macam kene sedut haha sebab x nak basah katil kot.. dan masuk drip pitocin, sakitnya x kuat mcm sakit kan fateh dlu. doc pun kata dos nya x sekuat mcm anak pertama. ada selang masa. dalam 30 saat. so masa 30 saat tu la nak makan ke nak bangun ke nak sembang ke. so i said izyan you can do it.. just 5cm to go to 10cm. maybe x lama..huhu


masa ni baru 6 cm kikiki boleh la senyum


setiap kali sakit saya buat teknik pernafsan hypnobirthing. relaks..jangan ketap kan gigi, longgar kan badan.. dan bawak berjalan dalam LR, walau pun tangan berdrip huhu duduk atas katil lagi sakit..

saya sembang2 dengan suami sb 6-7 cm tu boleh lagi sembang. tapi bila sakit datang saya tunjuk tapak tangan kat dia.. hahaha.. lepas tu sambung balik sembang. saya makan kurma setiap kali sakit dan minum air.

ada sorang nurse ni sangat baik, dah berumur sikit setiap kali sakit saya gemgam tangan dia.. banyak bagi nasihat suruh baca zikir nabi yunus.. lepas tu baru dengar ayat quran di pasang.. tapi ayat quran tu tentang penyembelihan, saya jadi ingat hari raya aidiladha kat kedah..meriahnya laaa . saya cakap dengan suami..kenapa x pasang  surah maryam baru motivate sikit ... suami pun bukak surah maryam guna hp dia.😆😆

tiba2 ada staff datang minta tlg pilih menu u makan mlm, sarapan dan lunch esok..suami tanya nak makan apa...adehhh tgh2 sakit x fikir dah nak makan apa..630 ptg makanan untuk dinner sampai.. ya ampun sedap nyeee..tapi x boleh nak makan .. tapi suami sempat suap tiramisu yang sangat sedap, nanti lepas habis pantang nak pergi andorra lagi u beli tiramisu hehe.. masakkan di andora kita boleh pilih, ada staf yang datang bawak menu y kita pilih nak makan apa. dan chef zubir yang sediakan semua masakan.patut la sedap sangattt..

sakit makin kuat.. dah x boelh sembang dah..sapa tanya sakit ke x masa ni memang dapat penampo free..doc tanya nak ubat tahan sakit x, saya jawab x pe doc.. haha padahal takut kene caj mahaiii..nurse siap tanya suami, ada air selusuh dak..bagi saya minum..suami pun macam tercengang2..haha air zam2 adalah suami kata..

dalam pukul 720 tu sakit makin kerap dan kuat dan rasa macam x mampu dah nak buat pernafasan.. dah berterabur, tapi cuba juga sabar.. suami ajak solat, cepat2 saya ambil wuduk time contraction hilang, dan banyak kali stop masa contraction datang, nurse tolong pimpin ke tandas dan bersih kan darah.. dan ganti dengan pad yang baru, dan terus amek wuduk dan solat dengan suami dalam lR, saya solat duduk, sb kalau berdiri air ketuaban dan darah akan mengalir, saya jamak solat isyak sx, dgr doc call di lR dan tanya situasi saya pada nurse, sebab doc nak solat dulu..


huhu solat banyak stop sb sakit sangat..masa ni saya solat jamak isyak..suami sempat pulak ambil gmbor..


lepas solat rasa sakit makin x dapat tahan, nurse y jaga minta izin nak solat pulak dan ada nurse lain y ganti untuk jaga, tapi nurse tu di luar lR, saya rasa macam dah lain macam sakit n dan kerap , minta suami pangil kan nurse, nurse tanya dah nak teran ke, saya jawab ye, dia cek jalan dan cakap 9cm, dia call doc. happy wehhh sebab finaly dapat jumpa baby yang selama ni di tunggu, x pernah tgk muka diaaa..abg2 ada juga doc scan tunjuk muka..

nurse cakap 9cm nak ke 10cm ni puan, jgn teran lagi nanti koyak.. huhu masa tu badan dah mengigil tahan sakit.. tahan diri dari meneran tu Allah.. betulah sakit nak bersalin ni macam nak hilang nyawa..rasa macam habis patah satu persatu tulang.. nurse lurus kan kaki supaya sy x meneran..dia rapat kan kaki.


masa doc datang semua kalut sediakan barang, doc kham pun ada.. saya teringat cara doc kham sangat lembut pegang tangan saya.. dan cakap sabar2, tarik nafas dalam2, jangan teran lagi.. masa tu mata dah tertutup, badan dah mengigil tahan sakit dan diri supaya jangan teran.. sebelah lagi gemgam tangan suami.. kaki drg letak atas besi, dan sy minta doc kham tinggi kan katil untuk sng teran, banyak kali menjerit allahuakbar sb sakit sangat..doc lily dah sedia untuk sambut dan cakap ok, mata pandang perut kepala angkat.. masa ni saya ingat kan dalam diri untu teran pelan2 jangan buat macam hud dlu.. laju sangat teran..tu koyak.. hahah sc contraction datang sekali teran baby dah keluar  terasa panas... alhamdulilah lega sangat.. semua sebut Allahuakbar, assalamualaikum.. doc letak baby atas perut. masa tu rasa lega sangat sb tak perlu nak hadap contraction. hahaha..







lepas tu sesi mengeluarkan uri dan jahit. alhamdulilah jahit x sakit sebab local bius, ada 3 jahitan, sama macam hud dulu..nampak nya x berjaya untuk tiada jahitan kali ni..sempat tanya doc dah solat ke belum masa dia jahit..dia kata sy baru ambil wuduk..terus bergegas ke sini bila dapat call..nasib jahit sikit saja, dalam pukul 750 doc dah siap jahit dan boleh la dia solat.

 dan nurse cucuk kat peha untuk elak darah beku... lepas tu saya mengigil sunguh2 ..suami kata doc2 isteri saya ni bentan kot..haha saya nak gelak laaa...boleh pulak suami cakap macam dgn doc..doc pun macam terkejut x terkejut, saya cakap just sakit rengat and maybe penat meneran, jadi kaki n badan ketar..doc masuk ubat tahan sakit ikut punggung..alhamdulilah baru x ketar..  lama sy dan khalil dlm lr sy bf dia.. suami siap wat vedio call lagi dalam lr n family menantu. alhamdulilah..

lepas tu baru kami di bawa masuk ke wad.

semoga anakanda khalil jadi anak y soleh..ibu nama kan khalil al aqsa sebab msa mengandung ibu selalu sedih dan menangis tengok orang islam di syira, di palestine, dan semasa khalil lahir di malaysia sedang buat perhimpunan solidariti tentang penentangan israel ke atas baitul maqdis sebagai ibu negeri israel.

ibu harap khali al aqsa dapat menjadi seperti nama mu nak..sahabat atau orang yang mencinta al aqsa.. ibu harap khalil berjiwa sukarelawan untum membantu saudara islam kita di sana.



khalil al aqsa bin mohd zahir

sahabat kepada masjid al aqsa

22 dec 2017
7.44 mlm
jumaat
2.68kg


amen.



next nak cerita pengalaman bersalin di andorra woman n children hospital..



Comments

Popular posts from this blog

sunat bayi lelaki #hudthoha

berurut selepas bersalin ~